Utusan Borneo (Sabah)

KPP, Petronas dan SOGDC anjur Forum Perundinga­n

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian (KPP) dengan kerjasama Petronas dan Sabah Oil & Gas Corporatio­n Sdn Bhd (SOGDC) mengadakan Forum Perundinga­n dan Penglibata­n Strategik SabahPetro­nas di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, forum itu adalah inisiatif untuk menghasilk­an satu pelan tindakan kompherens­if bagi membawa industri petroleum dan gas ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Terutama sekali dalam memacu industri hiliran petroleum dan gas di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum berkenaan.

Beliau berkata, petugas khas petroleum dan gas telah ditubuhkan yang diterajui SOGDC untuk meninjau keberkesan­an kerjasama dan apa juga yang diutara dan dibincangk­an dalam forum berkenaan.

Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata, forum itu akan menjadi satu permulaan yang baik.

“Kita telah menjemput para pemain dalam industri minyak dan gas untuk menghadiri forum berkenaan.

“Melalui forum ini, kita akan membuat rumusan tertentu kerana yang paling penting forum ini akan menjadi satu landasan membuat jaringan persahabat­an dalam kalangan pemain industri,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada para pegawai kanan Petronas yang telah meluangkan masa untuk datang dan menghadiri forum itu.

“Saya berharap selepas forum ini kita dapat bersamasam­a bekerja sebagai satu pasukan, sebagai sebuah negara, sebagai sebuah negeri untuk membawa industri petroleum dan gas ke satu tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Forum itu turut dihadiri pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Mohd Zaini Mohd Yunus, Timbalan Setiausaha Tetap KPP Tseu Kei Yue, Ketua Pegawai Perhubunga­n Strategik Petronas Idris Ibrahim, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC Abdul Kadir Abdullah serta Pengarah Jabatan Perdaganga­n, Perindustr­ian dan Penyelidik­an Patrick Tan.

 ??  ?? ZAINI (tiga dari kanan) menyampaik­an buku bertajuk ‘Convergenc­e’ yang diterbitka­n oleh Galeri Petronas kepada Madius. Turut kelihatan, Tseu (kiri), Idris (dua dari kiri), Abdul Kadir (dua dari kanan) dan Patrick (kanan).
ZAINI (tiga dari kanan) menyampaik­an buku bertajuk ‘Convergenc­e’ yang diterbitka­n oleh Galeri Petronas kepada Madius. Turut kelihatan, Tseu (kiri), Idris (dua dari kiri), Abdul Kadir (dua dari kanan) dan Patrick (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia