Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan taraf ekonomi

Belia disaran rebut peluang ceburi bidang perniagaan dan keusahawan­an

- Oleh SALMAN ABADI

BANGGI: Para belia disaran berusaha menceburka­n diri dalam bidang perniagaan untuk meningkatk­an taraf ekonomi diri dan keluarga.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Mohamarin berkata masyarakat khususnya golongan belia perlu merebut atau mengambil peluang terhadap pelbagai kemudahan dan ruang yang disediakan kerajaan termasukla­h dalam bidang perniagaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Kem Transforma­si Minda Belia (KTMB) Daerah Kecil Banggi anjuran Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah (Sabah Job Centre/SJC) di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Katanya, ia amat penting kerana pihak kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) ingin melihat berlaku lonjakan perubahan minda dan tindakan positif, khasnya golongan belia untuk bingkas berubah dan berusaha meningkatk­an taraf ekonomi diri, keluarga dan masyarakat setempat.

Beliau berharap melalui kursus yang dikendalik­an Sabah Job Centre itu, para belia merebut peluang untuk mempelajar­i ilmu pengurusan perniagaan dan memahami bagaimana menjayakan permohanan pembiayaan perniagaan melalui agensiagen­si kewangan yang berkaitan.

“Masyarakat khasnya golongan belia disaran berusaha menceburka­n diri dalam pelbagai bidang terutamany­a dalam sektor perniagaan agar mereka tidak ketinggala­n dan berpeluang meningkatk­an taraf ekonomi diri dan keluarga,” ujarnya sambil memotivasi­kan para peserta.

Mohammad yang juga Adun Banggi turut menyeru para peserta program agar memanfaatk­an sepenuhnya segala ilmu pengetahua­n dan pengalaman yang diperolehi melalui program KTMB itu untuk memulakan era baharu dan menentukan pilihan masa depan yang lebih baik dan terjamin dalam menempuh pelbagai cabaran mendatang.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program itu di bawah penyelaras­an pihak Unit Sabah Job Centre dan juga Akademi Minda Malaysia (Amal) selaku pihak konsultan yang dilantik mengendali­kan program itu.

Terdahulu, Penolong Setiausaha Kanan (PSK) Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi merangkap Penyelaras Program KTMB, Felecia Gitah Siudan berkata seramai 64 peserta menghadiri program itu yang pertama kali diadakan di Pulau Banggi, Kudat.

Katanya, pengisian program (kem) selama tiga hari itu amat bersesuaia­n dengan keperluan para belia setempat, khasnya dalam konteks menimba ilmu asas untuk menjadi peniaga.

Beliau yakin para peserta program akan beroleh kejayaan seperti yang diinginkan asalkan para peserta memiliki keyakinan diri dan berusaha serta menguasai segala ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang diberikan melalui bimbingan dan ceramah.

“Sayayakin objektif program ini telah tercapai di mana penceramah telah berkongsi maklumat berhubung persepsi belia terhadap bidang kerjaya makan gaji kepada menjadi majikan sendiri,” katanya.

Selain itu katanya, para peserta juga amat bertuah kerana dapat bersemuka sendiri dengan para pegawai dan agensi penyedia pinjaman kewangan serta memperoleh­i ilmu pengetahua­n bagaimana membuat pemasaran secara online dan dari segi branding terhadap produk-produk yang dihasilkan nanti.

“Pengalaman dan ilmu seperti ini amat berguna dan sangat diperlukan oleh para peserta (belia) sebagai bakal usahawan, selain perlu dimahiri oleh setiap usahawan untuk berjaya dalam bidang perniagaan,” ujarnya.

Justeru, Felecia dalam ucapannya turut berpesan, “ubahlah diri untuk berjaya kerana hanya kita sendiri sahaja yang boleh mengubah diri kita,” katanya sambil memberikan semangat dan motivasi kepada para peserta program itu.

Program KTMB dilaksanak­an berteraska­n lima objektif utama iaitu mengubah persepsi belia terhadap bidang kerjaya makan gaji kepada bidang perniagaan dan keusahawan­an, di samping meningkatk­an kebolehan, kemahiran dan keyakinan diri (motivasi) serta mengenal pasti potensi diri dalam kalangan para belia.

Selain itu, ia juga memberi bimbingan kepada para belia bagaimana memulakan perniagaan untuk menjadi usahawan yang berjaya serta memperkena­lkan para belia kepada agensi penyedia pinjaman kewangan.

Pengisian program tiga hari itu melibatkan taklimat daripada Sabah Job Centre/ Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi, ceramah motivasi, panduan pemilihan bidang keusahawan­an, bengkel penyelidik­an kertas kerja perniagaan dan juga sesi dialog bersama penyedia pinjaman kewangan.

Program KTMB itu dikendalik­an oleh pihak Amal Konsultan yang mana Mohd Syedzam Mohd Syam bertindak selaku pengarah konsultan, manakala Matlen Sarudin sebagai ketua jurulatih.

Antara pengisian program itu ialah ceramah dan perkongsia­npelbagaii­nformasi termasukla­h taklimat khas dari Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi yang disampaika­n sendiri oleh Felecia.

Penceramah lain yang terlibat ialah Darmawaty Dullah dengan tajuk ‘Bagaimana Memulakan Perniagaan’ dan ‘Tatacara Memohon Lesen Perniagaan’ oleh Abd Gafor Abd Rahman, pegawai dari Pejabat Daerah Kudat.

Turut diadakan ialah majlis dialog bersama Amanah Ikhtiar selaku agensi pembiayaan, slot ‘Perkongsia­n Perniagaan Secara Online’ dikendalik­an oleh Rasmi Panja, manakala Haji Mohd Syam Muksan menyampaik­an ceramah motivasi bertajuk ‘Saya Juara’.

 ??  ?? MOHAMMAD (lima kanan) bersama Felecia (tengah) dan pengurus Syarikat Amal (enam kanan) bergambar kenangan bersama para peserta Kem Transforma­si Minda Belia di Pulau Banggi.
MOHAMMAD (lima kanan) bersama Felecia (tengah) dan pengurus Syarikat Amal (enam kanan) bergambar kenangan bersama para peserta Kem Transforma­si Minda Belia di Pulau Banggi.
 ??  ?? MOHAMMAD (dua kanan) diiringi Felecia menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta program KTMB.
MOHAMMAD (dua kanan) diiringi Felecia menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta program KTMB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia