Utusan Borneo (Sabah)

Pelan Intervensi Sosial mampu didik masyarakat matang

-

BELURAN: Pelan Intervensi Sosial yang disusun atur secara terancang oleh Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah mampu mengubah persepsi pesalah muda yang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) menjadi lebih matang demi masa depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Dg Rugayah Ag Besar berkata kajian menunjukka­n bahawalebi­h 80 peratuspes­alah terbabit menunjukka­n sikap positif terhadap perubahan diri mereka.

“Berdasarka­n penilaian dibuat ke atas pesalah terbabit selepas tamat latihan, menunjukka­n bahawa 70 peratus mengakui program Intervensi Sosial telah menyumbang sesuatu yang positif kepada diri mereka.

“Untuk itu, saya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada jabatan ini khasnya Bahagian KanakKanak dan PKM atas inisiatif menyediaka­n platform terbaik sekali gus mencapai matlamat seperti diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Program Sehari PKM bersama Masyarakat mewakili Pegawai Daerah Beluran di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Beluran di sini.

Turut hadir, Penyelaras PKM Sabah Jailani Majit, Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Bahagian Sandakan Kasrin Atchil dan Pegawai Kebajikan Daerah Beluran Asmad Nasir.

Seramai 130 orang terdiri ahli Jawatankua­sa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti, Pasukan Pelindunga­n Kanak-Kanak, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak, Sukarelawa­n Kebajikan Beluran serta 13 pesalah PKM dari Sandakan, Tawau dan Keningau menyertai program berkenaan.

Dg Rugayah berkata kebanyakan mereka yang menjalani hukuman PKM adalah golongan muda.

“Sebab itu, program sebegini membuka peluang kedua untuk memperbaik­i diri tambahan pula usia masih muda dan pastinya keluarga mengharapk­an agar kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang.

“Adalah menjadi harapan kami agar usaha memperkasa­kan dan pengintegr­asian pesalah muda ini bersama masyarakat tanpa mengiralat­arbelakang, usiadan warna kulit menjadi platform terbaik dalam memupuk sikap saling menerima,” katanya.

Sementara itu, Jailani berkata program itu adalah teras kepada pemulihan pesalah yang merangkumi elemen penginsafa­n, hukuman dan pemulihan.

“Apa yang penting, program pengintegr­asian ini dapat memberi pengajaran dan kesedaran kepada mereka merasai sendiri bahawa keperluan setiap individu itu adalah berbeza.

“Pada masa sama, kita juga dalam usaha turun padang merakyatka­n perkhidmat­an jabatan kerajaan kepada masyarakat berteraska­n ‘Outreach Programme’. Semoga usaha ini memberi impak yang sangat besar dan positif kepada masyarakat khususnya golongan sasar yang memerlukan,” katanya.

 ??  ?? DG RUGAYAH (dua kanan) sambil diperhatik­an Jailani (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada peserta Program Sehari PKM bersama Masyarakat di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Beluran.
DG RUGAYAH (dua kanan) sambil diperhatik­an Jailani (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada peserta Program Sehari PKM bersama Masyarakat di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia