Utusan Borneo (Sabah)

Bekas naib ketua bahagian Umno Sipitang sertai Warisan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Bekas Naib Ketua Bahagian Umno Sipitang, Datuk Ahmad Bujang menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah yang dipimpin oleh Parti Warisan Sabah (Warisan).

Ahmad yang merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin telah mengisytih­arkan untuk menyokong Warisan selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob di pejabatnya pada Khamis.

Sempena kunjungan itu, Ahmad turut menyerahka­n borang keahlian beliau serta 12 ahli rombongan yang lain kepada Yusof.

Ahmad ketika ditemui memberitah­u, keputusan beliau menyertai Warisan adalah satu tindakan yang wajar dan realistik.

Beliau menzahirka­n sokongan terhadap Warisan dan pada masa sama menyokong dasar-dasar kerajaan yang baharu.

Jelasnya, penyertaan beliau ke dalam Warisan adalah telus dan tiada agenda lain selain ingin menyokong kerajaan yang dipimpin Warisan.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa keputusan untuk menyertai parti kerajaan yang ada sekarang bukan bertujuan untuk memegang atau merebut apa-apa jawatan.

“Terserah kepada kepimpinan Warisan berhubung keahlian kami,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Yusof yang juga Adun Sindumin berkata pertemuan itu adalah sesuatu yang amat bermakna kerana mampu mengukuhka­n lagi parti Warisan di negeri ini.

Selarideng­anslogan‘Ubah’, beliau melihat sokongan semua pihak amat diperlukan bagi merealisas­ikan perubahan dalam semua aspek.

“Usaha merealisas­ikan perubahan yang menjadi harapan semua kepimpinan dan rakyat dalam kerajaan baharu di negeri ini memerlukan sokongan padu semua pihak agar dapat mewujudkan keadaan yang harmoni.

“Saya mahu kita semua sama-sama berperanan untuk mewujudkan kesepakata­n dalam usaha merealisas­ikan perubahan yang ketara,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Bahagian Warisan Sipitang Hj Mahadi Hj Mumin, Timbalan Ketua Bahagian Harunshah Ibrahim, Ketua Wira Warisan Sipitang Mohd Nazib Maidan, Timbalan Pengerusi Warisan DUN Sindumin Salim Hj Tengah dan Setiausaha Warisan DUN Sindumin Sarudin Miasin.

 ??  ?? AHMAD (enam kiri) menyerahka­n borang keahlian kepada Yusof (empat kanan) sempena majlis itu.
AHMAD (enam kiri) menyerahka­n borang keahlian kepada Yusof (empat kanan) sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia