Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kaamatan Kg Matupang meriah

Pelbagai acara diadakan sebagai lambang kesatuan penduduk

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Teras kemajuan sosio-ekonomi luar bandar lajimnya berasaskan kesepaduan serta keharmonia­n masyarakat khasnya penduduk kampung, ditambah dengan daya kepimpinan yang cemerlang.

Budaya kerjasama yang jitu, saling bantu membantu dan bergotong-royong melaksanak­an apa juga program kemasyarak­atan merupakan momentum kemenjadia­n kampung untuk lebih berdaya maju dalam semua aspek.

Sambutan Pesta Kaamatan Kampung Matupang bagi tahun 2018 dianjurkan oleh pengerusi dan ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Matupang di Dewan Serbaguna Kg Matupang itu merupakan antara penganjura­n yang terbaik setakat ini.

Bagi memeriahka­n lagi program itu, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya sukan rakyat, pertanding­an badminton dan kempen menderma darah serta Pertanding­anUndukNga­dau peringkat Kg Matupang yang dimenangi oleh Polly Cella Alice James.

Aktiviti menderma darah yang diadakan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Daerah Ranau melebihi sasaran asal 10 pain kepada 17 pain darah yang berjaya diperolehi.

Pengerusi JKKK Matupang Wilson Lion mengucapka­n terima kasih penduduk kampung yang telah hadir serta menyumbang tenaga dan masa bagi menyempurn­akan sambutan Tadau Kaamatan itu.

“Sambutan Tadau Kaamatan kita bagi tahun ini agak terlewat dari tarikh kebiasaan, sepatutnya diadakan pada bulan Mei hingga Jun, tetapi kita tetap berusaha menjayakan­nya kerana kita mahu meraikan pesta adat resam kaum Dusun ini,” katanya.

Bagi pihak penganjur, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas kesudian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Abidin Madingkir kerana melapangka­n masa turut serta bersama-sama dengan penduduk Kg Matupang serta semua pihak yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan majlis itu, khasnya para penduduk kampung.

“Sambutan Tadau Kaamatan ini bertujuan mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­andansilat­urahim sesama kita seluruh penduduk kampung, selaras dengan amalan budaya suku kaum Dusun,” katanya.

Berucap merasmikan majlisitu,Abidinmeny­atakan rasa bangga atas kesepakata­n penduduk Kg Matupang kerana dengan adanya perpaduan serta kerjasama seumpamany­a, maka setiap program ataupun aktiviti berfaedahm­ampudianju­rkan dengan baik dan lancar.

Katanya, tema sambutan Pesta Kaamatan iaitu ‘Kounsikaha­n Tadau Kaamatan, Pisompurua­an Tokou’ sangat bagus kerana ia melambangk­an betapa pentingnya perpaduan mahupun kesatuan penduduk khasnya di Kg Matupangun­tukmenjaya­kan apa juga program atau aktiviti demi kemajuan pembanguna­n kampung.

Beliau juga mengucapka­n syabas dan tahniah kepada seluruh AJK Pesta Kaamatan yang telah berusaha gigih sehingga majlis itu dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Ketua Kampung Matupang Siansim Kebindong pula menyeru penduduk agar menyahut saranan Jabatan Pertanian daerah supaya penduduk kampung berusaha memajukan kegiatan pertanian khususnya penanaman padi kerana agensi itu sentiasa bersedia memberi galakan dalam bentuk nasihat dan bantuan seperti baja serta subsidi tanaman.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pemuda Upko Ranau Hisyamuddi­n Harun, Pemangku Ketua Wanita Roseh Abd Hamid dan Ketua Kampung Sagindai Nuraini Jonios.

 ??  ?? ABIDIN (tengah) diiringi Wilson bersama para tetamu dan penduduk kampung menjamu selera berkonsepk­an hidangan tradisi dan penyediaan ala kampung.
ABIDIN (tengah) diiringi Wilson bersama para tetamu dan penduduk kampung menjamu selera berkonsepk­an hidangan tradisi dan penyediaan ala kampung.
 ??  ?? ABIDIN (tengah) menumbuk padi dalam lesung sebagai gimik perasmian Tadau Kaamatan Kg Matupang.
ABIDIN (tengah) menumbuk padi dalam lesung sebagai gimik perasmian Tadau Kaamatan Kg Matupang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia