Utusan Borneo (Sabah)

Pembungkus­an, pelabelan perkara utama sesuatu produk

-

PEMBUNGKUS­AN dan pelabelan merupakan perkara utama dalam memperkena­lkan sesuatu produk, malahan disifatkan sebagai ‘jurujual senyap’ yang mampu memikat pelanggan, selain pengiklana­n dan beberapa cara pemasaran yang dilihat bersifat konvension­al.

Melalui kursus pembungkus­andanpelab­elan anjuran Bahagian Industri Asas Tani, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, peserta yang dipilih dari kalangan usahawan di negeri Sabah diberi pemahaman yang jelas mengenai perkara itu.

Juruperund­ing Syarikat Topseal and Packaging Mohd Ariff Wahid yang mengendali­kankursuss­elama dua hari itu menjelaska­n bahawa golongan usahawan juga perlu peka mengenai pasaran dan kehendak semasa pengguna jika inginkan perusahaan mereka bertahan lama.

“Dalam kursus ini juga, kita kongsikan maklumat tentang akta makanan yang perlu dipatuhi oleh sesiapa pun yang mengusahak­an pengeluara­n makanan, kerana hal ini berkait rapat dengan keperluan pengguna selain faktor kesihatan juga.

“Jenis-jenis bahan yang digunakan untuk pembungkus­an pun dijelaskan dengan terperinci kepada peserta. Hal ini kerana, cara pembungkus­an yang efektif mampu memberikan jangka hayat produk lebih lama berbanding pembungkus­an biasa,” jelas beliau yang juga bekas kakitangan Mardi. Tambahnya, pembungkus­an adalah salah satu elemen yang amat penting, yang perlu diberi perhatian bagi memastikan produk berada di pasaran terbuka dalam keadaan selamat, dapat bersaing dan memberi maklumat yang tepat dan jelas kepada pengguna.

Usahawan yang dihadirkan itu adalah terdiri daripada pengusaha bakeri, pengusaha mi, pengusaha kuih-muih tradisiona­l, pengusaha jeruk bambangan, pengusaha gula tebu, pengusaha padi organik dan pelbagai lagi produk yang menampakka­n kepelbagai­an identiti penduduk di Sabah.

Dalam kursus berkenaan, usahawan turut diperjelas­kan akta makanan dan peraturan pelabelan, penggunaan bahan pembungkus­an mengikut produk. Rekabentuk pembungkus­an, jenama dan kod palang, teknologi dan peralatan pembungkus­an selain aktiviti berkumpula­n.

Pengurus HY Enterprise yang mengeluark­an produk ‘fun noodle’ sejak 2016, Eva Tan Kim Yan berkata kursus yang disertainy­a kali ini amat bermanfaat kerana pengendali kursus telah mendedahka­n rahsia jangka hayat makanan melalui pembungkus­an yang tepat.

“Apabila mengetahui rahsia jenis-jenis plastik hari ini, tentu sekali saya akan menukar pembungkus­an produk mi saya dari plastik PP (Polypropyl­ene) kepada Aluminium Metalisde yang lebih tahan dan elegan. Demikian juga dengan penggunaan jenis-jenis pengawet dan sukatan yang disyorkan,” katanya.

Pandangan yang sama dikongsika­n oleh pemilik EwaleeD’One Ent, yang mengeluark­an produk Bread Crumb, Wahimah Kausin. Menurut beliau, penyertaan­nya dalam kursus itu memberinya beberapa idea untuk mengembang­kan lagi perniagaan­nya.

Katanya, pembungkus­an yang baik mampu menjamin penghantar­an, penyimpana­n dan penjualan produk kepada pengguna dalam keadaan selamat, sempurna serta pada kos keseluruha­n yang optimum.

“Satu konsep yang menarik yang didedahkan dalam kursus ini dan akan saya ingati sampai bila-bila ialah bungkusan ‘melindungi apa yang dijual’ dan ‘menjual apa yang dilindungi’,” katanya.

Sepanjang kursus diadakan, Penolong Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Shahril Nizam Idris dan Pegawai Teknologi Makanan Kanan (IAT) Jabatan Pertanian Sabah, Janet Grace Asing turut hadir.

 ??  ?? ARIFF (tengah) memberikan penerangan mengenai cara pengiraan nutrisi makanan kepada peserta kursus.
ARIFF (tengah) memberikan penerangan mengenai cara pengiraan nutrisi makanan kepada peserta kursus.
 ??  ?? SALAH satu kumpulan menyiapkan aktiviti berkumpula­n.
SALAH satu kumpulan menyiapkan aktiviti berkumpula­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia