Utusan Borneo (Sabah)

Harga barang di S’wak ketika ini terkawal

Ia hasil pemantauan berterusan dijalankan KPDNHEP Sarawak pastikan semua peniaga patuhi ketetapan sifar GST

-

KUCHING: Harga barang di Sarawak ketika ini adalah terkawal, kata Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak Datuk Stanley Tan.

Menurutnya, ia hasil daripada pemantauan berterusan dijalankan KPDNHEP Sarawak bagi memastikan semua peniaga mematuhi ketetapan sifar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

“Kami masih menjalanka­n pemantauan harga bagi pematuhan sifar GST dan berdasarka­n semakan ke atas premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa di seluruh negeri, harga barangan adalah terkawal dan berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada pemenang Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah 2018 bagi Zon Selatan di Taman Budaya di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Stanley turut menyaranka­n masyarakat negeri ini untuk membuat laporan sekiranya mendapati ada peniaga yang mengenakan harga barang secara melampau.

Beliau berkata KPDNHEP Sarawak akan memberi maklum balas segera terhadap setiap aduan yang diutarakan dengan menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas peniaga terbabit.

“Sekiranya peniaga terbabit didapati mengenakan harga barang secara melampau, kami akan memberi notis tunjuk sebab untuk mendapatka­n penjelasan.

“Setakat ini, ramai peniaga yang telah diberi amaran memberikan kerjasama dengan baik,” katanya sambil menjelaska­n bahawa kenaikan harga barang di Sarawak adalah disebabkan kos logistik.

Namun demikian, Stanley mengingatk­an orang ramai supaya tidak menularkan perkara yang tidak sahih mengenai sesuatu perniagaan atau harga barang.

Katanya, tindakan sedemikian adalah tidak bertanggun­gjawab di mana ia bukan sahaja menjejaska­n reputasi sesebuah perniagaan malah membuang masa serta membazir tenaga pegawai penguat kuasa KPDNHEP untuk menjalanka­n pemeriksaa­n.

Sementara itu mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), beliau berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada kementeria­n mengenai pelaksanaa­nnya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumka­n bahawa kadar SST akan dikuatkuas­akan pada kadar 10 peratus untuk jualan dan 6 peratus untuk perkhidmat­an, apabila rang undang-undang berkaitan cukai itu diluluskan di Parlimen.

“Kami masih menjalanka­n pemantauan harga bagi pematuhan sifar GST dan berdasarka­n semakan ke atas premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa di seluruh negeri, harga ” barangan adalah terkawal dan berpatutan.

DATUK STANLEY TAN Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia