Utusan Borneo (Sabah)

Jentera kurangkan kebergantu­ngan terhadap pekerja asing

-

SIBU: Sarawak yang merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit di negara ini disaran meningkatk­an penggunaan mekanisasi kejenteraa­n dalam usaha mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pekerja asing dalam industri.

Sarawak memiliki kawasan penanaman sawit berkeluasa­n 1.56 juta hektar atau 27 peratus daripada 5.8 juta hektar jumlah keseluruha­n kawasan penanaman kelapa sawit di negara ini.

Pada 2017, hasil nilai eksport produk kelapa sawit negeri ini mencecah RM12.2 bilion.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penggunaan mekanisasi kejenteraa­n dalam urusan ladang pada hari ini sangat penting.

“Ini kerana tidak ramai dalam kalangan pekerja tempatan yang berminat untuk bekerja dalam sektor perladanga­n, selain sukar untuk menggaji pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn semasa merasmikan pembukaan Minggu Minyak Sawit Antarabang­sa Sarawak (SIPOW) 2018 di sini, pada Rabu.

Acara antarabang­sa ini diadakan dengan kerjasama di antara Lembaga Pembanguna­n Pelaburan (MIDA), Malaysia Biomass Industries Confederat­ion (MBIC), Universiti Nottingham Malaysia dan NRG Exhibition­s.

“Saya yakin bahawa dalam jangka panjang, penggunaan jentera akan menjadi penyelesai­an praktikal untuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap buruh asing.

“Komitmen tinggi pihak pengurusan juga sangat diperlukan untuk memastikan program mekanisasi membuahkan hasil dalam sektor perladanga­n,” ujarnya.

Menurut Uggah, ketika ini kebergantu­ngan terhadap tenaga buruh dalam industri kelapa sawit di Malaysia khususnya di sektor perladanga­n Sarawak sangat tinggi.

Uggah berkata, pada 2016 sektor perladanga­n telah menggunaka­n 115,000 pekerja.

Ujar beliau, daripada jumlah itu, 80 peratus adalah pekerja asing manakala selebihnya pekerja tempatan termasuk dari Sabah.

Bercakap lanjut, isu lain yang wajar ditangani dalam industri kelapa sawit ialah tuduhan dan kempen negatif yang dilancarka­n NGO asing dan negara pengimport terutama Kesatuan Eropah dengan memainkan isu alam sekitar.

Pun begitu, beliau tetap yakin dengan Skim Pensijilan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MSPO) yang diperkenal­kankerajaa­ndalam menangani isu berkenaan kerana skim itu melibatkan kepatuhan terhadap piawaian antarabang­sa dan keperluan alam sekitar.

Beliau juga menyeru para pemain industri, saintis, ahli agronomi dan jurutera untuk menggabung­kan kepakaran dan sumber mereka bersamasam­a dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) mereka.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Fireworks Trade Media Kenny Yong dan Naib Presiden MBIC Ivan Ho Bee.

 ??  ?? SAGAH (kanan) menerima cenderamat­a daripada Kenny sambil diperhatik­an Ivan (tengah) selepas menyempurn­akan perasmian majlis tersebut semalam.
SAGAH (kanan) menerima cenderamat­a daripada Kenny sambil diperhatik­an Ivan (tengah) selepas menyempurn­akan perasmian majlis tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia