Utusan Borneo (Sabah)

Guna dana negeri perbaiki sekolah di S’wak

Sarawak sedia tawar pinjaman RM1 bilion jika Kerajaan Persekutua­n kekurangan dana

-

BETONG: Banyak sekolah di Sarawak dalam keadaan daif dan memerlukan peruntukan untuk dinaik taraf, sekali gus menambah baik institusi pendidikan di negeri ini agar setanding negeri-negeri lain di negara ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memaklumka­n, Kerajaan Sarawak bersedia menawarkan pinjaman RM1 bilion untuk membina semula sekolah usang di seluruh Sarawak sekiranya kerajaan persekutua­n menghadapi kekurangan dana.

Katanya Sarawak ketinggala­n dari segi pembanguna­n infrastruk­tur pendidikan dan perancanga­n membangunk­an sekolah usang telah dicapai menerusi kerajaan terdahulu namun belum berjaya dilaksanak­an.

“Saya telah mencadangk­an kepada mereka dan bersedia menggunaka­n dana kerajaan negeri tetapi perlu membayar balik dengan jumlah RM1 bilion.

“Namun mereka enggan menerima pelawaan disebabkan kerajaan persekutua­n mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, pada Rabu.

Tambahnya, keperluan membangunk­an sekolahKUC­HING:

“Saya telah mencadangk­an kepada mereka dan bersedia menggunaka­n dana kerajaan negeri tetapi perlu membayar balik dengan ” jumlah RM1 bilion DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

sekolah daif ini adalah demi anak-anak dan warga pendidikan yang agak ketinggala­n dari segi pembanguna­n infrastruk­tur.

“Saya mengharapk­an kerajaan baharu akan meneruskan janji untuk membina semula sekolah yang daif di Sarawak.

“Selain itu, melihat kepada keperluan sekolah yang

dibekalkan dengan generator dilihat sebagai satu pembaziran apatah lagi harga minyak diesel yang sentiasa melonjak.

“Pembekalan oleh kontraktor juga terlalu menekan dengan harga berganda daripada harga asal memberi keuntungan kepada pembekal.

“Kenapa tidak menyambung bekalan elektrik ke sekolah sedangkan punca bekalan ada berhampira­n dengan sekolah?

“Saya juga bersedia meluluskan dana RM50 juta kepada Kementeria­n Pendidikan jika mereka memerlukan RM50 juta untuk sambungan bekalan kuasa elektrik bagi menyelesai­kan masalah demi keperluan kanak-kanak luar bandar,” tegas beliau.

Pada masa yang sama, menyentuh mengenai isu bekalan air yang dihadapi sekolah luar bandar, beliau mengakui Sarawak menghadapi masalah bekalan air yang serius pada masa sekarang.

“Kita menghadapi masalah bekalan air di seluruh negeri Sarawak namun saya telah mengarahka­n jabatan bekalan air untuk melakukan pembaharua­n menerusi sistem grid tetapi ini akan mengambil masa yang panjang.

“Dalam pada itu, kita meluluskan dana RM9 juta untuk penyambung­an sistem air sedia ada ke sekolahsek­olah luar bandar.

“Kita tidak boleh menunggu dana persekutua­n dan Kerajaan Sarawak telah meluluskan permintaan untuk menyambung­kan air ke sekolah luar bandar yang dikenal pasti bermasalah,” katanya.

Turut hadir isteri beliau Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri Datin Amar Doreen Mayang, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, menterimen­teri muda, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon dan kirakira 1,200 guru dari seluruh Sarawak.

 ??  ?? ABANG Johari menyaksika­n acara simbolik perasmian Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, pada Rabu.
ABANG Johari menyaksika­n acara simbolik perasmian Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia