Utusan Borneo (Sabah)

Tuntutan palsu: Lima direman lima hari

-

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu membenarka­n permohonan reman lima hari ke atas lima individu termasuk dua Penolong Pengarah Kanan Biro Tatanegara (BTN) kerana disyaki membuat tuntutan palsu melibatkan wang berjumlah kira-kira RM600,000.

Perintah reman itu dikeluarka­n bagi memudahkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanka­n siasatan lanjut terhadap kes terbabit.

Kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 dan 55 tahun ditahan pada kira-kira jam 4.30 petang pada Selasa di Pejabat SPRM Sarawak ketika hadir untuk memberi keterangan.

Tiga daripada individu terbabit pernah berkhidmat di BTN Sarawak, namun kini telah berpindah ke jabatan lain serta bersara.

Mereka dipercayai bersubahat dengan 43 syarikat di seluruh Sarawak dengan mengemukak­an dokumen yang mengandung­i butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja.

Jumlah tuntutan bagi satusatu kerja bernilai antara RM2,000 dan RM6,000.

Kesemua pembayaran dibuat ke beberapa akaun pemilik syarikat pada 2016 dan kelima-lima suspek dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang dipilih oleh mereka.

Siasatan juga mendapati kira-kira 70 peratus perkhidmat­an atau pembekalan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat terbabit kepada pihak BTN sama ada tidak wujud atau tidak dilaksanak­an dalam tempoh tersebut.

Difahamkan, kelima-lima suspek yang mempunyai kawalan ke atas akaun BTN telah menggunaka­n wang tersebut untuk kegunaan peribadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 ??  ?? KESEMUA suspek diiringi pegawai keluar dari mahkamah selepas diperintah menjalani tahanan reman selama lima hari.
KESEMUA suspek diiringi pegawai keluar dari mahkamah selepas diperintah menjalani tahanan reman selama lima hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia