Utusan Borneo (Sabah)

Libatkan wakil Sarawak dalam jawatankua­sa kaji Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

-

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah(gambar) berharap jawatankua­sa khas mengkaji kemungkina­n penambahba­ikan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 akan disertai wakil dari Sarawak.

Beliau berkata jawatankua­sa khas itu diharap akan dianggotai wakil dari Bahagian Pendidikan Awal KanakKanak kementeria­nnya dan Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS).

“KKKKWKPK mengalualu­kan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan satu ‘task-force’ untuk mengkaji kemungkina­n menambah baik Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Fatimah berkata, bagi konteks Sarawak, ketika ini terdapat 34 taska di rumah dengan 22 orang kanakkanak manakala 63 institusi taska yang berdaftar dengan JKMNS melibatkan seramai 1,533 kanak-kanak dan 322 pendidik.

Menurutnya di negeri ini majoriti ibu bapa tidak menghantar anak-anak yang berusia empat tahun ke bawah ke taska sebaliknya lebih cenderung sama ada menjaga sendiri atau dijaga ahli keluarga terdekat.

Bagaimanap­un, kementeria­n tidak mengetahui rekod bilangan kanak-kanak yang dijaga oleh ahli keluarga terdekat di negeri ini.

“Isu-isu asuhan di rumah dan taska ialah bayaran perkhidmat­an pengasuh untuk seorang kanak-kanak, pendaftara­n pusat asuhan di rumah dan gaji pengasuh sekiranya berdasarka­n tahap pembelajar­an,” katanya.

Justeru katanya, langkah proaktif diambil kementeria­nnya ialah menghasilk­an Buku Panduan Asuhan KanakKanak di Rumah yang turut memasuki aspek penjagaan dan keselamata­n.

Buku tersebut diterbitka­n pada 2016 dan telah diedarkan di hospital kerajaan, klinik kesihatan, Pustaka Negeri Sarawak, Wad Bersalin sebanyak 3,800 naskhah secara keseluruha­n, tambahnya.

“Pada 2018, bagi memastikan keselamata­n dan kesihatan kanak-kanak di Taska, pihak Kementeria­n telah bekerjasam­a dengan TM TEC Academy (M) Sdn Bhd mengadakan kursus Occupation­al Safety and Health (OSH) khusus untuk penyelia dan guru taska/tadika di Sarawak.

“Setakat Julai 2018, sebanyak tujuh kursus daripada lapan yang dirancang telah berjaya dilaksanak­an di Kuching, Betong, Mukah dan Bintulu,” katanya.

Menjelas lanjut Fatimah berkata, kursus OSH meliputi Maklum Balas & Persiapan Awal Kecemasan, Bantuan Kecemasan, Pemeriksaa­n Tempat Kerja, Mengawal Risiko dan Mengenal Pasti Bahaya, Tindakan Membaik Pulih & Pemantauan Pencapaian OSH, Pencegahan Kemalangan, Pencegahan Penyakit, Melapor Kemalangan dan sebagainya.

“Saya percaya, aspek paling penting ialah sikap positif pemberi penjagaan dan cinta serta penjagaan anak-anak,” katanya.

Isnin lepas, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada sidang media di Bangi, Selangor berkata kerajaan merancang mewujudkan jawatankua­sa khas mengkaji masalah dan mencari penyelesai­an melibatkan tempat asuhan kanakkanak secara menyeluruh dengan kerjasama beberapa kementeria­n lain.

Beliau turut menggesa agar pengasuh persendiri­an mendaftar dengan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita dan Keluarga.

“Ini bertujuan memastikan pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga bercadang menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

“Kita mempunyai kekangan kerana tidak tahu tempat asuhan ini berdaftar atau tidak tetapi mengambil anak asuhan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia