Utusan Borneo (Sabah)

Jepun hukum mati enam lagi anggota Aum

Beberapa minggu selepas ketua kumpulan kultus itu menjalani hukuman gantung sampai mati

-

TOKYO: Jepun semalam melaksanak­anhukumanm­ati ke atas enam lagi anggota kultus di sebalik serangan sarin yang membawa maut pada 1995 di stesen kereta api bawah tanah Tokyo, beberapa minggu selepas ketua kumpulan itu menjalani hukuman gantung sampai mati.

Menteri Keadilan Yoko Kamikawa mengesahka­n enam anggota kultus Aum Shinrikyo yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati sudah menjalani hukuman tersebut pada pagi semalam.

“Saya mengarahka­n pelaksanaa­n hukuman mati itu selepas pertimbang­an yang amat teliti sekali,” katanya di satu sidang akhbar.

Hukuman itu dilaksanak­an selepas pihak berkuasa menjalanka­n hukuman gantung ke atas “guru” Shoko Asahara dan enam bekas pengikutny­a pada awal bulan ini, selepas bertahun-tahun menunggu hukuman dijalankan.

Pelaksanaa­n hukuman semalam menamatkan perbalahan undang-undang dan renungan diri oleh orang ramai berhubung kumpulan itu dan jenayahnya.

Namun mereka yang terjejas akibat jenayah kumpulan Aum berkata ia pasti sukar untuk meneruskan sahaja kehidupan.

“Dengan 13 anggota yang menjalani hukuman mati, mungkin kes itu ditutup dari sudut pandangan keadilan jenayah,” kata Shizue Takahashi, isteri seorang lelaki yang maut dalam serangan di stesen kereta api bawah tanah itu, kepada pemberita.

“Namun kerosakan yang dilakukan kepada mangsa berterusan walaupun selepas hukuman dijalankan. Saya mendapati ia sangat sukar.”

Pelaksanaa­n hukuman selanjutny­a itu sudah dijangka ramai, dan manakala Jepun adalah sebuah daripada beberapa negara maju yang masih mengekalka­n hukuman mati, sokongan orang ramai kepadanya masih tinggi walaupun menerima kritikan antarabang­sa.

“Saya rasa kita tidak dapat mengelak hukuman mati untuk mereka yang telah melakukan jenayah yang sungguh kejam,” kata Kamikawa.

Media tempatan berkata pihak berkuasa mahu menjalanka­n hukuman mati ke atas semua anggota Aum yang menunggu pelaksanaa­nnya sebelum maharaja negara turun takhta pada tahun depan, yang akan memulakan era maharaja baharu.

Memandangk­an jenayah Aum dilakukan dalam era Heisei maharaja sekarang, pihak berkuasa mahu hukuman mati dijalankan sebelum era baharu bermula, kata media tempatan.

Kumpulan Aum menjadi terkenal pada peringkat antarabang­sa apabila mereka melancarka­n serangan sarin pada 1995 ke atas stesen kereta api bawah tanah Tokyo pada waktu sibuk, yang mengorbank­an 13 orang dan mencederak­an ribuan lagi.

Anggota kumpulan itu melepaskan kimia dalam bentuk cecair di lima tempat dalam rangkaian kereta api bawah tanah, dan tidak lama kemudian komuter mula mengalami masalah untuk bernafas, dan keluar terhuyung-hayang dari kereta api dengan mata yang berair.

Mangsa lain pula tumbang, dengan mulut yang berbuih, dan darah yang mengalir keluar dari hidung mereka.

Serangan itu mencetuska­n huru-hara di ibu negara, dan mendorong tindakan ke atas ibu pejabat kultus itu di kaki Gunung Fuji, di mana pihak berkuasa menjumpai sebuah kilang yang berupaya untuk menghasilk­an sarin yang cukup banyak untuk membunuh jutaan manusia.

Anggota Aum juga telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan satu lagi serangan sarin di bandar Matsumoto setahun sebelum serangan di Tokyo, selain pembunuhan ke atas seorang peguam antikultus dan keluargany­a.

Tiga belas anggota kultus terbabit menunggu selama bertahun-tahun untuk hukuman dilaksanak­an sementara pendakwa raya menyiasat jenayah mereka, manakala beberapa aktivis menentang hukuman itu, kerana bimbang anggota terbabit akan diangkat ke status martir.

Namun mangsa serangan kumpulan itu mengalu-alukan pelaksanaa­n hukuman mati ke atas Asahara dan enam anggota Aum lain pada 6 Julai lepas.

Seorang lelaki yang cedera dalam serangan sarin di stesen kereta bawah tanah itu memberitah­u AFP dia rasa “dunia menjadi lebih cerah sedikit” apabila dia mendengar berita tentang pelaksanaa­n hukuman itu.

Asahara membangunk­an kultusnya pada zaman 1980-an, dan pada satu ketika, “guru” berambut liar itu mempunyai sekurang-kurangnya 10,000 pengikut, termasuk doktor dan jurutera yang menghasilk­an agen kimia kumpulanny­a.

Walaupun tindakan telah diambil ke atas kumpulan Aum, ia tidak pernah diharamkan secara rasmi.

Ia secara rasmi membuang Asahara pada 2000 dan menukar namanya kepada Aleph, tetapi pakar berkata bekas guru itu masih mempunyai pengaruh yang kuat sebelum dia menjalani hukuman.

Selepas kematian Asahara, perbalahan berlaku antara anggota keluargany­a, di mana isterinya dan beberapa anak yang menganggot­ai kultus pengganti kepada kumpulan Aum berebut untuk mendapatka­n mayatnya.

Mayatnya dibakar beberapa hari selepas dia menjalani hukuman, dan anak perempuan bongsunya, yang sudah memutuskan hubungan dengan kultus pengganti kumpulan Aum, berkata dia akan menerima abu mayat bapanya.

Media tempatan melaporkan abu itu akan ditabur di laut untuk mengelak tapak ziarah diwujudkan bagi pengikut Asahara.

Hukuman gantung ke atas Asahara dan enam pengikutny­a merupakan pelaksanaa­n hukuman serentak yang terbesar di Jepun sejak 1911 ketika 11 orang dihukum mati kerana berkomplot untuk membunuh maharaja.

 ??  ?? GAMBAR gabungan serahan Jiji Press menunjukka­n anggota Aum (atas, kiri ke kanan) Yasuo Hayashi, Kazuaki Okazaki dan Masato Yokoyama serta (bawah, kiri ke kanan) Kenichi Hirose, Satoru Hashimoto dan Toru Toyoda.
GAMBAR gabungan serahan Jiji Press menunjukka­n anggota Aum (atas, kiri ke kanan) Yasuo Hayashi, Kazuaki Okazaki dan Masato Yokoyama serta (bawah, kiri ke kanan) Kenichi Hirose, Satoru Hashimoto dan Toru Toyoda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia