Utusan Borneo (Sabah)

Pengebom sasar konvoi perisikan di Afghanista­n, lima terkorban

-

KABUL: Seorang pengebom bunuh diri meletupkan diri dekat sebuah konvoi perisikan Afghan semalam, membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederak­an enam lagi, kata polis, dalam serangan berdarah terbaharu di kota ini.

Puak Taliban mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan ke atas Direktorat Keselamata­n Negara (NDS) itu, yang menurut jurucakap polis Hashmat Stanikzai berlaku pada jam 5 pagi (waktu tempatan).

Kebanyakan mangsa adalah anggota NDS, kata Stanikzai.

Empat anggota NDS dan seorang warga awam maut manakala lima kakitangan NDS dan seorang warga awam cedera.

Penyerang “kemungkina­n besar” memandu sebuah kenderaan yang membawa bahan letupan, ujar Stanikzai.

Serangan itu berlaku dua hari selepas lima roket dilepaskan ke sebuah kawasan perumahan di Kabul dan mencederak­an sekurangku­rangnya tiga orang.

Tiada pihak yang mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan tersebut.

Pada Ahad lepas, seorang pengebom bunuh diri meletupkan diri dekat lapangan terbang antarabang­sa Kabul, dan membunuh sekurangku­rangnya 23 orang, termasuk pemandu AFP, Mohammad Akhtar. Seramai 107 lagi cedera.

Serangan itu diakui dilancarka­n oleh kumpulan Negara Islam (IS), yang menyatakan ia menyasari Naib Presiden Afghan, Abdul Rashid Dostum, yang kembali ke Kabul selepas lebih setahun hidup dalam buangan.

Anggota militan Taliban dan IS sudah berulang kali melancarka­n serangan berdarah di ibu kota Afghan, yang menjadikan­nya salah sebuah tempat paling bahaya di negara itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia