Utusan Borneo (Sabah)

AS berkas dua dalam komplot mata wang Venezuela AS$1.2b

-

MIAMI: Amerika Syarikat (AS) telah menangkap dua orang dalam satu sindiket yang terdiri daripada bekas pegawai dan ahli perniagaan yang mengubah dana sebanyak AS$1.2 bilion (RM4.8 bilion) dari syarikat minyak kerajaan Venezuela, kata pihak berkuasa kelmarin.

Dengan rakyat Vene-zuela yang hidup dengan kekurangan makanan dan perkhidmat­an yang serius, syarikat minyak PDVSA – lembu kontan negara – digunakan dengan meluas untuk keuntungan kewangan bagi mereka yang menentang rejim.

“Mereka yang didakwa menjalanka­n komplot itu termasuk bekas pegawai PDVSA, pengubah wang pihak ketiga profesiona­l, dan anggota golongan elit di Venezuela,” satu pendakwaan persekutu-an dalam daerah kedua Florida menyebut.

Konspirasi suspek didakwa bermula pada Di-sember 2014 dengan satu skim pertukaran mata-wang yang direka untuk menggelapk­an kira-kira AS$600 juta (RM2.4 bilion) dari PDVSA, menerusi rasuah dan penipuan, yang turut menyaksika­n mereka mengubah sebahagian hasil kutipan.

Mereka memaksimum­kan keuntungan dengan mengambil kesempatan ke atas akses kepada kadar yang baik dalam sistem pertukaran mata wang asing kerajaan Venezuela, dengan menukar mata wang bolivar kepada mata wang dolar.

Pada Mei 2015, nilai konspirasi itu didakwa meningkat dua kali ganda.

Matthias Krull, seorang warga Jerman, dan Gustavo Hernandez Frieri, seorang warga Colombia, ditangkap di antara Selasa dan kelmarin di Miami, Florida, dan di Itali.

Sementara itu, warga Venezuela yang didakwa adalah Francisco Convit, pemegang saham dalam syarikat tenaga Derwick Associates; Carmelo Urdaneta, bekas penasihat undang-undang dalam kementeria­n petroleum dan perlombong­an; Abraham Ortega, bekas kakitangan PDVSA dan Jose Vicente ‘Chente’ Amparan, seorang ahli perniagaan dan “pengubah wang profesiona­l” yang ada hubungan dengan Sepanyol dan Malta.-AFP

Kejatuhan ekonomi Venezuela masih berterusan, dan hiperinfla­si dijangka melambung untuk memecah rekod lagi pada tahun ini – sejuta peratus seperti yang diramalkan oleh Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia