Utusan Borneo (Sabah)

Bom kecil meletup di luar kedutaan AS di Beijing

-

BEIJING: Seorang lelaki China berusia 26 tahun meledakkan satu alat letupan kecil di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Beijing semalam, dan mencederak­an tangannya dalam letupan itu sebelum dia ditahan reman, kata polis.

Polis China berkata tiada kecederaan lain berlaku dalam insiden itu, yang berlaku dekat tempat di mana pemohon visa biasanya berbaris untuk memasuki kedutaan bagi temu duga.

Letupan itu diledakkan oleh seorang lelaki dari wilayah Hilir Mongolia di China dengan nama keluarga Jiang, kata polis, yang menambah kecederaan­nya tidak meng-ancam nyawa.

Klip video yang tersebar dalam media sosial sejurus selepas letupan itu berlaku menunjukka­n asap di udara di pekarangan kedutaan, dan wartawan AFP yang tiba di tempat kejadian menyaksika­n kawalan yang ketat oleh pegawai keselamata­n China.

“Kami terdengar letupan yang agak kuat sekitar jam 1 petang (waktu tempatan) lalu kami keluar untuk melihat tetapi tidak lama kemudian polis menutup kawasan kejadian,” kata seorang saksi yang enggan dikenali.

Maklumat lanjut mengenai insiden itu tidak segera diberikan, dan polis dengan cepat menutup kawasan kejadian letupan dan sistem penapisan kerajaan China bertindak dengan cepat untuk menyekat carian bagi ‘Kedutaan AS’ dalam platform Weibo ala Twitter yang popular.

China kerap menyaksika­n kes individu tidak berpuas hati yang marah dengan masyarakat berhubung pelbagai rungutan atau tanggapan ketidakadi­lan, selalunya dengan mencederak­an diri atau orang lain.AFP

Wartawan AFP berkata pejabat visa yang bersebelah­an dengan lokasi letupan dipercayai sudah beroperasi semula tidak lama selepas insiden itu berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia