Utusan Borneo (Sabah)

Kemajuan ujian DNA bantu cam secara rasmi mangsa 9/11

-

NEW YORK: Tujuh belas tahun selepas serangan 11 September 2001 (9/11), jasad seorang pekerja kewangan berusia 26 tahun yang maut di New York sudah dicam secara rasmi hasil kemajuan dalam ujian DNA, pegawai mengumumka­n kelmarin.

Scott Michael Johnson merupakan orang ke-1,642 yang dicam daripada 2,753 yang terkorban apabila dua jet penumpang, yang dirampas oleh Al-Qaeda, memusnahka­n Menara Berkembar di Pusat Dagangan Dunia, simbol kekayaan kewangan New York.

Johnson bekerja sebagai penganalis­is sekuriti di syarikat perbankan pelaburan, Keefe, Bruyette & Woods, kata ketua pemeriksa perubatan di New York, Barbara Sampson.

“Kita ditarik semula ke dalamnya dan ia juga bermakna satu kesudahan. Saya selalu berfikir bahawa dia akan datang dan berkata, ‘Saya di sini. Saya lupa inga-tan’,” kata ibunya Ann Johnson kepada akhbar The New York Times.

Ia adalah pengecaman pertama sejak Ogos 2017, tetapi identiti lelaki itu tidak didedahkan kepada orang ramai atas permintaan keluargany­a.

“Kami membuat komitmen kepada keluarga mangsa bahawa kami akan melakukan apa sahaja, selama mana ia memakan masa, untuk mengecam identiti orang yang mereka sayangi,” kata Sampson.

Sementara lebih 1,100 mangsa 9/11 masih belum dicam, teknologi DNA sudah menghasilk­an 89 peratus daripada kesemua identi-fikasi yang positif, kata pejabat pemeriksa perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia