Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 250 korban serangan IS di selatan Syria

-

BEIRUT: Bilangan kematian dalam serangan tembakan dan pengeboman bunuh diri yang bersepadu oleh kumpulan Negara Islam (IS) di selatan Syria meningkat kepada hampir 250 kelmarin, lebih separuh daripada mereka orang awam, kata sebuah badan pemantau semalam.

Serangan kelmarin berlaku di Sweida, sebuah wilayah majoriti Druze yang kebanyakan­nya dikuasai kerajaan yang masih agak terlindung daripada perang saudara selama tujuh tahun di negara itu.

Jumlah kematian meningkat perlahan-lahan sepanjang hari dan hingga ke malam, kata sebuah kumpulan pemantau di Britain, Observator­i Hak Asasi Manusia Syria.

“Bilangan kini sebanyak 246 kematian, termasuk 135 orang awam,” kata ketua Observator­i, Rami Abdel Rahman.

Mangsa lain yang terbunuh adalah pejuang prokerajaa­n atau penduduk yang mengangkat senjata untuk mempertaha­nkan kampung mereka.

“Bilangan terus meningkat selepas orang awam yang cedera menjadi nazak dan orang yang tidak diambil kira dijumpai mati,” kata Abdel Rahman kepada AFP.

Serangan bermula dengan tiga serangan bom bunuh diri di kota Sweida, yang disusuli serangan dengan senjata api dan bahan letupan ke atas perkampung­an ke utara dan timur.

Letupan keempat berlaku di ibu kota wilayah pada lewat kelmarin.

IS mengaku melancarka­n serangan itu beberapa jam kemudian. Sekurang-kurangnya 45 pelampau jihad maut ketika menjalanka­n serangan tersebut, kata Observator­i.

Ia merupakan pertumpaha­n darah terburuk pernah melanda wilayah Sweida sejak perang saudara bermula pada 2011.

Media kerajaan Syria melaporkan serangan berdarah ke atas Sweida dan perkampung­an sekitar tetapi tidak memberi bilangan kematian dan kecederaan yang khu- sus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia