Utusan Borneo (Sabah)

Sabah buru penamat menang

Pada perlawanan terakhir Liga Premier menentang PDRM di Shah Alam malam ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

“Bagaimanap­un, kita kini pada kedudukan sukar. Menang pun belum tentu kita layak. Saya tidak mahu keadaan itu menjadikan pemain terdesak. Tidak perlulah fikir banyak, saya hanya mahu pemain fokus untuk buru kemenangan. Selepas menang barulah kita lihat di mana ia akan membawa pasukan. JELIUS ATING Ketua jurulatih Sabah

KOTAKINABA­LU: Sabah akan beraksi dengan fikiran hanya untuk memburu kemenangan apabila menamatkan kempen Liga Premier musim ini menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Shah Alam, malam ini.

“Adalah baik untuk menamatkan sesuatu dengan kemenangan. Memang kami masih dalam cerita tentang peluang ke Liga Super dan semua orang termasuk penyokong mengharapk­an Sabah kembali ke Liga Super.

“Bagaimanap­un, kita kini pada kedudukan sukar. Menang pun belum tentu kita layak. Saya tidak mahu keadaan itu menjadikan pemain terdesak. Tidak perlulah fikir banyak, saya hanya mahu pemain fokus untuk buru kemenangan. Selepas menang barulah kita lihat di mana ia akan membawa pasukan,” kata ketua jurulatih, Jelius Ating ketika dihubungi pada Khamis.

Di atas kertas, Sabah antara tiga pasukan termasuk Felcra FC dan MISC-MIFA yang masih berpeluang merebut salah satu tempat ke Liga Super yang diperuntuk­kan kepada dua pasukan teratas.

Bagaimanap­un, Sabah di laluan sukar kerana selain wajib menang ke atas PDRM, mereka juga mengharapk­an Felcra FC serta MIFA tewas kepada lawan masing-masing.

Peluang kini lebih berpihak kepada Felcra yang kini di kedudukan kedua dengan 31 mata manakala MISC-MIFA juga di kedudukan lebih baik dengan 29 mata di tangga ketiga berbanding Sabah yang hanya memiliki 28 mata di tangga keempat.

Felcra dan MISC-MIFA juga akan menamatkan jadual dengan lawan lebih mudah malam ini. Felcra akan melayani kunjungan penghuni tangga kelapan, Sarawak manakala MISCMIFA berhadapan dengan pasukan tercorot, Terengganu FC II.

Sambil itu pendahulu carta liga, Felda United yang telah mengumpul 42 mata untuk disahkan sebagai juara Liga Premier musim ini dan pemilik salah satu tiket ke Liga Super akan melengkapk­an jadual menentang pasukan kedua tercorot, Pulau Pinang.

“Kita akui laluan kita agak sukar, namun dalam bola sepak tiada yang mustahil tetapi apa yang lebih penting bagi saya ialah menamatkan kempen Liga Perdana 2018 ini dengan kemenangan, layak atau tidak (ke Liga Super), itu perkara kedua,” kata Jelius.

Jelius membayangk­an akan mengekalka­n kesebelasa­n utamanya ketika membenam Felcra FC 3-0 di Stadium Likas, Ahad lalu kecuali penjaga gol iaitu Robson Randy Rining yang bakal menggantik­an Rozaimie Rohim.

“Saya mahu memasukkan Randy kerana dia telah lama tidak beraksi, bukan kerana Rozaimie tidak bagus tetapi kita mahu kedua-dua penjaga gol kita bersiap sedia untuk menghadapi Piala Malaysia nanti,” katanya.

Randy dijangka akan dibantu empat pertahanan iaitu ketua pasukan, Rawilson Batuil, Francis Kasonde serta dua pemain muda iaitu Randy Baruh dan Evan Wensley Wenceslaus.

Sabri Sahar dijangka akan terus diberi kepercayaa­n menggerakk­an bahagian tengah bersama Mohd Azzizan Nordin, Maxsius Musa dan Hamran Peter manakala gandingan Hector Omar Ramos Lebron (Pito) dan Rodoljub Paunovic sandaran jentera serangan.

“Kami juga perlu menang untuk sekurang-kurangnya mempertaha­nkan kedudukan di tangga keempat sekarang,” kata Jelius.

Sebaai rekod, pertemuan kedua-dua pasukan pada pusingan pertama di Stadium Likas berpihak kepada Sabah dengan kemenangan 2-0.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia