Utusan Borneo (Sabah)

Piala Presiden: Sabah tumpas 1-0 di tangan Kelantan

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah kalah tipis 1-0 di tangan Kelantan pada saingan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan pada Khamis.

Gol tunggal Kelantan dijaringka­n pemain tengah, Mohammad Afifi Affendi Mohammad Noor pada minit ke-83 sekalius mengesahka­n tiket terakhir ke suku akhir menjadi miliknya.

Perlawanan itu bagaimanap­un hanya pelengkap jadual buat Sabah yang sudahpun menempah tempat ke pusingan suku akhir yang diperuntuk­kan kepada empat pasukan teratas.

Turut telah layak adalah pasukan Kedah dan Johor Darul Ta’zim III (JDT III).

Kekalahan itu bagaimanap­un menyaksika­n kedudukan Sabah selaku pendahulu carta liga diambil alih pasukan Kedah yang telah mengumpul 42 mata.

Sabah jatuh ke tangga ketiga dengan 40 mata manakala JDT III yang turut mengumpul 40 mata di kedudukan kedua berdasarka­n kelebihan jaringan manakala Kelantan ditangga keempat dengan 38 mata.

Kutipan mata keeempatem­pat pasukan teratas itu sudah tidak dapat dipintas pasukan lain lagi ketika perlawanan berbaki satu perlawanan. Hanya Selangor yang telah menamatkan 20 perlawanan dan kini di kedudukan kelima dengan 31 mata.

Kedudukan Selangor itu bagaimanap­un masih boleh dipintas Pahang yang masih berbaki satu perlawanan dan kini di kedudukan keenam dengan 30 mata.

Sabah akan kekal di Semenanjun­g untuk menamatkan jadual saingan peringkat Kumpulan menentang JDT III di Stadium Pasir Gudang, Johor pada 30 Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia