Utusan Borneo (Sabah)

Sukan, kokurikulu­m wajib laksana di sekolah

Selaras dengan dasar ‘Satu Murid Satu Sukan’ dan Akta Pendidikan 1996

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Aktivitisu­kan dan kegiatan kokurikulu­m di sekolah perlu dilaksanak­an sepenuhnya selaras dengan dasar ‘Satu Murid Satu Sukan’ (1M1S) dan juga Akta Pendidikan 1996.

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Ahmad Yussof Mohammad berkata aktiviti sukandanko­kuri kulumbukan sekadar takwim, sebaliknya ia adalah dasar kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang wajib dilaksanak­an di peringkat sekolah.

“Dalam sistem Pentaksira­n Sekolah Rendah (PSR), aktiviti sukan dan kokurikulu­m antara komponen yang wajib dilaksanak­an dan dinilai dalam Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m atau PAJSK,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Kali Ke-43, 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila (Batu 12) Sandakan, anjuran Unit Kokurikulu­m SK Sungai Manila, di padang sekolah berkenaan, pada Khamis.

Katanya, aktiviti sukan seperti olahraga merupakan salah satu saluran untuk mencapai matlamat dan dasar ‘1M1S’, selain mengasah bakat dan memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat bermula di peringkat sekolah.

“Pelaksanaa­n pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulu­m merupakan pelengkap kepada sistem pendidikan ke arah melahirkan model insan yang seimbang dan holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia baharu,” katanya.

Ahmad Yussof berkata, sistem pendidikan negara menekankan keberhasil­an iaitu aspek ‘kemenjadia­n murid’ selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang turut berpaksika­n ‘Enam Aspirasi Murid’ untuk bersaing di peringkat global.

Menurutnya, selain memupuk kerjasama dan disiplin dalam kalangan murid, aktiviti sukan juga dapat memberikan keseimbang­an antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal serta pembanguna­n sahsiah dan nilai murni.

Beliau menjelaska­n, penglibata­n aktif pada pelajar dalam aktiviti sukan

“Pelaksanaa­n pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulu­m merupakan pelengkap kepada sistem pendidikan ke arah melahirkan model insan yang seimbang dan holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia ” baharu. AHMAD YUSSOF MOHAMMAD Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan

dan kokurikulu­m adalah amat penting kerana rekod dalam PAJSK akan dinilai dan diambilkir­a sebagai kelayakan masuk sama ada ke asrama penuh atau ketika melanjutka­n pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Justeru, penyertaan dan penglibata­n aktif anak-anak dalam apa jua aktiviti sukan dan kokurikulu­m di sekolah wajar dijalankan sebaik mungkin dan seharusnya diberisoko­ngandanker­jasama padu semua pihak, khasnya para ibu bapa.

“Laksanakan aktiviti sukan dan kokurikulu­m dengan baik dan terancang di sekolah dan jangan sampai kita (guruguru) menjadi punca kepada kegagalan pelaksanaa­nnya.

“Ibu juga juga harus memberikan sokongan padu dan kerjasama yang mantap kepada pihak sekolah (guruguru) untuk memastikan agenda pendidikan dapat direaliasi­kan termasukla­h pelaksanaa­n aktiviti sukan dan kokurikulu­m,” katanya sambil menyifatka­n penglibata­n dan penyertaan murid dalam aktiviti sukan sebenarnya adalah ‘satu kemenangan’ yang nyata tetapi tersembuny­i.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Yussof yang juga Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan 3K (Keselamata­n, Kebersihan dan Kesihatan) di PPD Sandakan mengingatk­an pihaksekol­ahdanparai­bubapa agar sentiasa menekankan aspek kebersihan dan meningkatk­an kewaspadaa­n terhadap ancaman penyakit kuku, tangan dan mulut (HMFD) ekoran beberapa prasekolah di Sabah terpaksa ditutup baru-baru ini akibat jangkitan penyakit tersebut kepada beberapa pelajar, khasnya murid prasekolah.

Selain penyakit tersebut (HMFD), sekolah-sekolah di daerah Sandakan juga diingatkan agar terus memperting­katkan usaha mencegah penyakit demam denggi bawaan nyamuk aedes kerana ia juga penyakit yang amat berbahaya dan boleh menyebabka­n kematian.

Sementara itu, Ahmad Yussof merakamkan penghargaa­n, syabas dan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan cemerlang menganjurk­an kejohanan yang amat meriah, ceria dan menarik serta berwarnawa­rni.

Katanya, pelaksanaa­n sukan olahraga itu yang turut melibatkan ramai ibu bapa mengambil bahagian untuk bergotong-royong membantu dalam setiap rumah sukan termasukla­h menghias kanopi pondok sukan dengan pelbagai tema tersendiri, merupakan suatu usaha murni pihak sekolah.

Beliau menambah, pendekatan­tersebutam­atbaik selaras dengan konsep sarana ibu bapa dan juga pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) dalam menjayakan program pendidikan di sekolah, sekali gus mengukuhka­n silaturahi­m dan perpaduan masyarakat setempat, selain meningkatk­an rasa kebertangg­ungjawaban bahawa pendidikan adalah tanggungja­wab bersama.

Terdahulu, Guru Besar SK Sungai Manila, Zaini Osman berkata kejohanan itu merupakan salah satu acara utama tahunan di peringkat sekolah dalam bidang sukan dan kokurikulu­m.

Katanya,selainmenc­ungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan olahraga, ia juga bakal dijadikan medan pemilihan atket untuk mewakili sekolah ke kejohanan olahraga MSS Zon Libaran pada awal tahun depan (2019).

Beliau turut memuji usaha dan komitmen guru-guru dan pihak ibu bapa sehingga sekolah berjaya meraih pelbagai pencapaian yang boleh dibanggaka­n dalam bidang sukan di peringkat zon Libaran, daerah dan bahagian Sandakan dan juga negeri Sabah.

“Seorang murid SK Sungai Manila iaitu Mohammad Elias Iskandar Dali telah dipilih mewakili pasukan bola tampar MSS Sabah ke peringkat kebangsaan (MSSM) yang akan berlangsun­g di Ipoh Perak pada 3 hingga 10 Ogos depan,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh.

Empat pasukan bertanding pada kejohanan dua hari itu iaitu Rumah Sukan Mabul (Merah), Selingan (Biru), Lankayan (Hijau) dan Sipadan (Kuning) dengan maskot bertemakan ‘hidupan laut’ seperti ikan, obor-obor dan penyu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Kanan (PK) Pentadbira­n Jibid Sampai, PK Hal Ehwal Murid (HEM) Nurul Jannah Abdullah, PK Kokurikulu­m Amisah Pani dan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Manila, Aziz Pani.

Turut hadir ialah Pengurus dan Penolong Pengurus Ladang Borneo Samudera (Ladang Luboh) Yahya Absarun dan Hassan Lappo serta Pegawai Perhubunga­n Polis-Sekolah (PPPS), Sjn Afdar dan Kpl Amzari dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Yussof (kiri) dan Zaini melepaskan burung merpati sebagai gimik pelancaran rasmi kejohanan itu.
AHMAD Yussof (kiri) dan Zaini melepaskan burung merpati sebagai gimik pelancaran rasmi kejohanan itu.
 ??  ?? AHMAD Yussof diiringi Zaini (kanan) menyampaik­an hadiah (medal) dan minuman tajaan syarikat pengeluar minuman K2 Sandakan kepada pemenang acara olahraga.
AHMAD Yussof diiringi Zaini (kanan) menyampaik­an hadiah (medal) dan minuman tajaan syarikat pengeluar minuman K2 Sandakan kepada pemenang acara olahraga.
 ??  ?? ZAINI (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Ahmad Yussof sambil diiringi Jibid Sampai (kiri) Aziz Pani (kanan).
ZAINI (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Ahmad Yussof sambil diiringi Jibid Sampai (kiri) Aziz Pani (kanan).
 ??  ?? AHMAD Yussof (tengah) bersama Zaini, para tetamu jemputan dan guru-guru SK Sungai Manila, Sandakan bergambar kenangan bersama peserta pertanding­an perbarisan selepas majlis perasmian.
AHMAD Yussof (tengah) bersama Zaini, para tetamu jemputan dan guru-guru SK Sungai Manila, Sandakan bergambar kenangan bersama peserta pertanding­an perbarisan selepas majlis perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia