Utusan Borneo (Sabah)

‘Pulang’ filem bajet skala besar, kisah kelasi zaman tanah Melayu

-

‘PULANG’, sebuah filem berskala besar dengan bajet RM6 juta arahan Kabir Bhatia merupakan filem terbesar Primeworks Studios dan bakal menemui penonton di pawagam mulai 26 Julai 2018.

Filem ini mengisahka­n tentang kisah duka seorang lelaki dari Serkam (sebuah perkampung­an nelayan di Melaka), yang berlayar ke serata dunia dengan harapan untuk mengubah nasib keluargany­a yang hidup dalam kesempitan, meninggalk­an isteri dan anak yang tidak pernah berputus asa menunggu kepulangan­nya.

Filem yang memaparkan beberapa buah lokasi terkenal yang berbeza antaranya Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England ini diilhamkan dari sebuah kisah benar yang merentasi tiga generasi keluarga.

Selain memaparkan jalan cerita yang menarik, filem ini turut dizahirkan dengan sinematogr­afi dan arahan seni yang sangat mengagumka­n.

Penghasila­n filem ini terutamany­a untuk Kesan Khas Visual memakan masa hampir dua tahun, namun ianya telah berjaya direalisas­ikan dengan visual imej janaan computer (CGI) yang berinovasi oleh Basecamp VFX dan geran daripada FINAS sebanyak RM2 juta.

Filem ini juga membawa lebih 500 pelakon tambahan. Filem ‘Pulang’ bukan hanya dari segi skala dan bajet tapi ianya juga merupakan filem Malaysia pertama yang mempamerka­n sejarah kelasi di Malaysia.

Idea asal filem ini adalah untuk menceritak­an kisah kelasi zaman Tanah Melayu mengelilin­gi dunia yang semakin hanyut ditelan zaman namun Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berharap agar filem ‘Pulang’ dapat meraih perhatian dari seluruh negara serta luar negara.

Filem ini juga menampilka­n barisan pelakon veteran yang hebat, yang perpengala­man, juga pelakon baru.

Pemenang Pelakon Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik (Anugerah Skrin yang ke-15 dan ke-21) Remy Ishak sebagai Othman, Puteri Aishah sebagai Thom, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Rahim Razali, Syazuwan Hassan, Che Puan Juliana Evans, Sherry Al Jeffry, Alvin Wong dan ramai lagi.

Para pelakon juga, turut menghadiri kelas lakonan bersama Fatimah Abu Bakar bagi menjiwai watak masing-masing.

Filem ini merupakan filem pertama Puteri Aishah ke layar lebar, sementara bagi Remy Ishak pula, ianya merupanya kali ketiga gandingan beliau dengan pengarah tersohor Kabir Bhatia selepas filem ‘Nur Kasih The Movie’ (2011) dan ‘Sembunyi: Amukan Azazil’ (2013).

Skor filem ini adalah sebuah karya daripada komposer dan penerbit terkenal tanah air, Aubrey Suwito yang juga berasal dari Melaka.

Lagu tema berjudul ‘Layarlah Kembali’ adalah sebuah karya Aubrey sendiri yang dinyanyika­n oleh Dayang Nurfaizah dan ditulis oleh Ad Samad.

Album runut bunyi filem ‘Pulang’ telah dilancarka­n baru-baru ini dan boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music Deezer, Joox & KKBox.

Ia juga boleh dimuat turun di iTunes

Selain itu, novel ‘Pulang’ yang diterbitka­n oleh Penerbitan KaryaSeni dan ditulis oleh Lily Haslina Nasir juga telah berada di pasaran sejak Mei.

Peminat dan pembaca yang membeli novel ini akan memperoleh kisah yang lebih mendalam tentang hubungan cinta Othman dan Thom.

Novel ‘Pulang’ boleh didapati di semua kedai buku atau secara atas talian di www.lazada.com.my dan juga melalui aplikasi Karyaseni di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat terbaru dan lebih lanjut mengenai ‘Pulang’, layari www.facebook.com/ pulangthem­ovie.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia