Utusan Borneo (Sabah)

Wanita didenda RM4,000, miliki keluaran tidak berdaftar

Memiliki keluaran tidak berdaftar, bernotifik­asi

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang wanita dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memiliki keluaran tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifik­asi.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Lim Kim Yuen, 41, yang mengaku salah atas dua pertuduhan terbabit.

Tertuduh didapati memiliki lapan keluaran tidak berdaftar, antaranya tiga kotak Clobetamil G 20g, dua kotak Fresh Care Green Tea Roll On dan dua kotak Fresh Care Teens Bubble Gum.

Untuk itu, Lim disabitkan mengikut Peraturan 7 (1) (a) Peraturan-Peraturan KawalanDad­ahdanKosme­tik 1984.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun, atau kedua-duanya.

Sekali lagi berada dalam milikannya, dua kosmetik tidak bernotifik­asi, enam kotak Collagen Plus Vit E Day and Night Cream dan tiga buku sabun, yang melanggar Peraturan 18 A (1) (a) peraturan sama.

Jika sabit salah, boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun.

Kedua-dua kesalahan terbabit dilakukan pada 16 Ogos tahun lalu jam 12.30 tengah hari di sebuah premis, City Mall, di sini.

Bagi kesalahan pertama dan kedua, tertuduh masingmasi­ng dikenakan denda sebanyak RM2,500 atau penjara tujuh hari dan denda RM1,500 atau penjara tiga hari.

Semasa rayuan, Lim yang tidak diwakili peguam menyatakan baharu memulakan perniagaan­nya.

“Saya lihat rakan menjual produk berkenaan, saya juga ikut jual produk sama.

“Selepas dirampas, baharu saya tahu tidak boleh dijual. Jika dikenakan denda, mohon bayaran dibuat secara ansuran,” katanya yang mempunyai seorang anak.

Pihak pendakwaan dari Jabatan Farmasi menyatakan, produk yang tidak diluluskan boleh mendatangk­an risiko kepada orang awam, terutama yang mengalami masalah kesihatan.

Ainul juga memerintah­kan, barang kes yang dirampas diberikan kepada pihak pendakwaan dan dilupuskan, setelah tamat tempoh rayuan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia