Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa Khas Kabinet bakal ditubuh

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Satu Jawatankua­sa Khas Kabinet bakal diwujudkan bagi mengkaji dan menyelaras secara adil isu dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, cadangan penubuhan jawatankua­sa sudah dipersetuj­ui bersama oleh jemaah menteri ketika mesyuarat Kabinet buat kali ketiga.

“Jawankuasa Khas Kabinet ini bertujuan mengkaji status Sabah dan Sarawak untuk disemak dan diselarask­an bagi secara adil melalui Perjanjian Malaysia sebelum ini.

“Kertas cadangan menubuhkan jawatankua­sa ini akan kita bentang dalam persidanga­n Parlimen yang dijangka berlangsun­g pada Jumaat depan,” katanya pada sidang media selepas kunjungan hormat di Pejabat Ketua Menteri Sabah, di sini pada Jumaat.

Liew yang juga menteri bertanggun­gjawab terhadap undangunda­ng berkata, jemaah menteri juga sebulat suara melantik beliau sebagai pengerusi jawatankua­sa khas itu.

Beliau juga diamanahka­n untuk memilih anggota Jawatankua­sa yang terdiri daripada wakil rakyat yang berpengeta­huan luas tentang proses pembentuka­n Malaysia 1963.

“Setakat ini, kita dalam proses menyenarai­kan seramai 11 hingga 13 anggota yang terdiri daripada wakil negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

“Senarai nama ini akan kita hantar bagi mendapatka­n kelulusan daripada barisan Kabinet untuk kita maklumkan dalam masa terdekat nanti,” katanya.

Tambahnya, setelah mendapat kelulusan, kesemua anggota jawatankua­sa terbabit akan

diberikan masa selama enam bulan untuk memberikan laporan masing-m asing untuk dibincangk­an dalam kabinet.

Selain itu beliau berkata, kerajaan akan melihat semula beberapa undang-undang untuk ditambahba­ik seperti Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Keselamata­n Negara dan Hukuman Gantung Mandatori.

Katanya, kesemua undang- undang itu akan dikaji semula sama ada perlu dihapuskan, ditambah baik atau dipinda, termasukla­h undang- undang yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum ini.

 ??  ?? LIEW (tengah) bersama rombongan ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Shafie (kanan) di Pejabat Ketua Menteri di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah.
LIEW (tengah) bersama rombongan ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Shafie (kanan) di Pejabat Ketua Menteri di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia