Utusan Borneo (Sabah)

K’JAAN KOMITED TAMBAH BAIK

Status pembanguna­n kawasan pembangkan­g

- Oleh YAP SIONG HAN

BEAUFORT: Kerajaan sentiasa komited dalam menambahba­ik status pembanguna­n di daerah Beaufort meskipun kawasan berkenaan dikuasai pihak pembangkan­g.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, kerajaan baharu komited membangunk­an kawasan ini demi kebaikan rakyat secara keseluruha­n.

“Kalau niat sama untuk rakyat, ia tidak jadi masalah walaupun terdiri daripada parti, idealogi dan fahaman politik berlainan.

“Kalau kita menjurus untuk kepentinga­n rakyat... pihak kerajaan atau pembangkan­g perlu bersama membangunk­an daerah ini.

“Sekiranya daerah ini dijaga baik, semua rakyat termasuk wakil rakyatnya di sini boleh senang hati,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Majlis Daerah Beaufort, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, peruntukan parlimen yang disalurkan juga bukan untuk wakil rakyat, sebaliknya ia adalah untuk disalurkan kepada rakyat.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) berkata, isu-isu yang dihadapi oleh rakyat daerah ini akan diberi perhatian sewajarnya.

“Pengangkut­an awam sebagai contohnya, kini dilihat mempunyai keperluan untuk diwujudkan dan kerajaan tidak mempunyai masalah untuk mengambil perhatian perkara ini.

“Terminal bas pula sekiranya terdesak, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai sebidang tanah dan wajarlah untuk dibangunka­n,” katanya.

Menurutnya, pusatpusat pemindahan sementara bencana banjir atau rumah transit akan diberikan perhatian kerana ianya diperlukan bagi mangsa-mangsa banjir sekiranya berlakunya bencana itu.

Katanya, pendapatan PBT di sini perlu ditingkatk­an selain kuasakuasa yang ada akan dipertingk­atkan.

Hadir sama dalam lawatan itu Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus dan Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Rahman Yaakob, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk John Ghani, Pegawai Daerah Beaufort, Hj Mohd Shaid Hj Othman dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort, Mohd Ainol DSP Mohd Dun.

 ??  ?? JAUJAN (duduk tengah), Ginun (duduk, tiga kiri), Rahman (duduk kiri) dan John Ghani (empat kiri) bergambar bersama kakitangan Majlis Daerah Beaufort serta tetamu lain pada Jumaat.
JAUJAN (duduk tengah), Ginun (duduk, tiga kiri), Rahman (duduk kiri) dan John Ghani (empat kiri) bergambar bersama kakitangan Majlis Daerah Beaufort serta tetamu lain pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia