Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki cedera terkena peluru sesat bakakuk

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas terkena peluru sesat senapang buatan sendiri atau

‘bakakuk’ semasa berada di kawasan hutan berdekatan Kampung Rantai Rosok di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian awal berlaku semasa mangsa berumur 26 tahun memasuki hutan berdekatan rumahnya untuk memburu burung punai jam 7.30 malam.

“Mangsa yang tidak memperoleh hasil buruannya itu kemudian duduk di laluan hutan sambil bermain telefon sebelum terdengar bunyi letupan.

“Dalam masa sama mangsa rebah terkena beberapa tembakan sebelum sempat menghubung­i bapa saudaranya untuk mendapatka­n pertolonga­n jam 11.29 malam,” katanya.

Menurutnya, bapa saudaranya bersama dua lagi penduduk kampung kemudian datang ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.

Katanya, mangsa dibawa ke rumah sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatka­n rawatan selanjutny­a.

“Sebaik menjalani pemeriksaa­n imbasan x-ray mangsa didapati terkena dua butir peluru palet di bahagian pipi kiri.

“Kaki mangsa juga dibalut untuk mengelakka­n jangkitan kuman pada bahagian lutut kanan yang turut terkena beberapa butir peluru palet,” katanya.

Zaidi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemilik

bakakuk yang melepaskan tembakan secara rambang sehingga menyebabka­n kecederaan kepada orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia