Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan naikkan kadar bantuan JKM akan dibentang ke Kabinet negeri

-

SANDAKAN: Cadangan menaikkan Skim Bantuan Am dan Skim Bantuan Anak Yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah akan dibentangk­an dalam Kabinet negeri untuk dilaksanak­an pada tahun hadapan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt pada Jumaat berkata sudah sampai masanya kadar skim bantuan itu dinaikkan berikutan peningkata­n kos sara hidup.

Bagi skim bantuan am, cadangan menaikkan kadar minimum dari RM150 kepada RM250 sebulan dan kadar maksimum dari RM300 kepada RM500 sebulan. Manakala bagi kadar skim bantuan anak yatim, cadangan menaikkan dari RM200 sehingga RM500 sebulan.

Sehingga Jun lepas, jumlah penerima Skim Bantuan Am di negeri ini berjumlah 17,874 orang dan 2,205 penerima untuk Skim Bantuan Anak Yatim.

Beliau berkata cadangan menaikkan kedua-dua skim bantuan itu dikemukaka­n oleh JKM Sabah kepada kementeria­nnya yang diputuskan menerusi Persidanga­n Pegawaipeg­awai Kebajikan jabatan itu selama tiga hari berakhir Jumaat, yang dihadiri 78 pegawai JKM Sabah termasuk Pengarahny­a Mohd Noor Wahab.

“Kita berharap cadangan itu akan diluluskan menerusi bajet negeri pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan penutupan persidanga­n itu di sini.

Stephen yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata terdapat tiga lagi cadangan dikemukaka­n kepada kementeria­nnya menerusi persidanga­n tersebut iaitu tempoh kelulusan bantuan untuk dipanjangk­an dari setahun kepada dua tahun bagi setiap kali kelulusan baru.

Katanya cadangan kedua adalah proses permohonan setiap bantuan JKM dipermudah­kan dan tidak perlu lagi pengesahan pendapatan daripada pihak ketiga iaitu memadai dengan penilaian oleh Pegawai Kebajikan yang membuat siasatan.

Menurutnya cadangan ketiga adalah meminta Kerajaan Negeri memberi keutamaan untuk menambah bilangan kakitangan JKM di negeri ini yang mengalami kekurangan yang kritikal.

Beliau, yang juga Pengerusi DAP Sabah, bersetuju dengan cadangan itu sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk mengurangk­an birokrasi dalam memastikan bantuan menerusi JKM Sabah sampai kepada rakyat.

 ?? GambarBern­ama ?? STEPHEN (tiga kanan) mendengar penerangan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Jais Asri (kiri) selepas merasmikan Penutup Persidanga­n Pegawai-Pegawai Kebajikan Jabatan Perkhidmat­an Am Sabah di Wisma Majlis Perbandara­n...
GambarBern­ama STEPHEN (tiga kanan) mendengar penerangan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Jais Asri (kiri) selepas merasmikan Penutup Persidanga­n Pegawai-Pegawai Kebajikan Jabatan Perkhidmat­an Am Sabah di Wisma Majlis Perbandara­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia