Utusan Borneo (Sabah)

HQE perintis projek EHR

Bantu tingkatkan kecekapan operasi hospital

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pelancaran Sistem Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) Helium Health Technologi­es di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE) akan membantu mengurangk­an kos pengurusan, seterusnya meningkatk­an kecekapan carian maklumat pesakit.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Mestecc) Isnaraissa­h Munirah Majilis berkata, projek berkenaan juga diyakini akan meningkatk­an kecekapan operasi kesihatan dan menjadikan HQE sebagai perintis projek itu.

“Dengan adanya sistem ini, maklumat pengurusan pesakit dapat dicapai dengan mudah dan pantas melalui komputer, pada bila- bila masa, di manamana tempat.

“Pegawai kesihatan dan pentadbira­n hospital dan klinik dapat mengakses dan berkongsi maklumat yang diperlukan dengan hanya beberapa klik sahaja.

“Malahsiste­mberkomput­er ini akan mengurangk­an penggunaan kertas dan pada jangka masa panjang, kita harapkan sistem ini dapat digunakan sepenuhnya sebagai langkah penjimatan kos pengurusan di hospital kerajaan khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n projek berkenaan, di bilik Seminar 2, Aras 2, bangunan Menara Berkembar HQE, pada Jumaat.

Isnaraissa­h menambah, langkah pendigital­an ini juga selari dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 yang sedang melanda di seluruh negara.

Helium Health Technologi­es menerima geran bantuan di bawah Program Berimpak Tinggi (HIP6) yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan kerjasama SME Corp Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Helium Health Technologi­es Dr Dante Mojiun berharap agar nilai inovasi berkenaan akan mampu menyumbang dalam perubahan penting sektor penjagaan kesihatan di negara ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Datuk Dr. Hafsah Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif YIM Tany Anthony Kiob.

 ?? Gambar BERNAMA ?? DR.DANTE (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Isnaraissa­h pada majlis pelancaran EHR Helium Health Technologi­es di HQE di sini pada Jumaat. -
Gambar BERNAMA DR.DANTE (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Isnaraissa­h pada majlis pelancaran EHR Helium Health Technologi­es di HQE di sini pada Jumaat. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia