Utusan Borneo (Sabah)

Muis tekad laksana kaedah berkesan imarah syariat Islam

- - Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) akan melaksanak­an kaedah berkesan bagi mengimarah­kan syariat Islamiah bersesuaia­n dengan keadaan semasa.

Pengerusi Muis Datuk Seri Panglima Dr Haji Hasbullah Haji Taha berkata, langkah itu akan dilaksanak­an sebaik selesai dibuat kajian dan penilaian penambahba­ikan sistem yang sedia ada.

Katanya, program berkenaan lebih menjurus ke arah memantapka­n fungsi masjid terutama untuk meningkatk­an gerakan dakwah.

Beliau berkata demikian pada majlis kunjungan hormat Anggota Pengurusan Tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) di Wisma Muis, di sini pada Jumaat.

Kunjungan diketuai Pengerusi MBR Datuk Haji Jamal Tun Haji Sakaran.

Sementara itu, Dr Hasbullah yang mengambil alih sebagai Pengerusi Muis daripada Datuk Haji Arifin Haji Arif berkata, beliau memberi jaminan akan membantu MBR dalam pelbagai aspek terutama dari segi aktiviti keagamaan untuk kepentinga­n Islam itu sendiri.

Terdahulu dalam ucapan tahniahnya Jamal berkata, MBR sedang memperhalu­si pendekatan sesuai yang perlu dipatuhi setiap pelancong asing yang berkunjung ke masjid berkenaan.

Katanya, pihak MBR menetapkan syarat tertentu kepada pengusaha pelanconga­n untuk memberi taklimat kepada pelawat yang mereka bawa agar tidak melakukan hal hal atau aksi aksi yang bertentang­an dari amalan biasa.

Sebelum ini, terdapat beberapa pelancong asing yang beraksi menari nari di atas pagar yang mengundang kemarahan orang ramai.

 ??  ?? HASBULLAH (duduk, tengah) dan Jamal (duduk, dua kiri) bersama rombongan Anggota Pengurusan Tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) merakam gambar kenangan ketika lawatan kunjungan hormat di Wisma Muis.
HASBULLAH (duduk, tengah) dan Jamal (duduk, dua kiri) bersama rombongan Anggota Pengurusan Tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) merakam gambar kenangan ketika lawatan kunjungan hormat di Wisma Muis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia