Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 bersejarah: Gobind

-

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan 2018 adalah penuh bersejarah kerana pertama kali diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pentadbira­n kerajaan persekutua­n itu, katanya.

“Kerajaan pilihan rakyat ini akan memastikan kegemilang­an baharu akan dilakar dan dikecapi oleh semua rakyat dari sekarang dan seterusnya pada masa hadapan,” katanya pada sidang mediasempe­naHariKeba­ngsaan 2018, di sini, Jumaat, serta turut memperkena­lkan logo Hari Kebangsaan 2018 dan lagu tema ‘Kita Punya Malaysia’.

Beliau berkata sambutan akan bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang akan disempurna­kan Perdana Menteri pada 4 Ogos.

“Pulau Pinang dipilih kerana kita mahu kempen jelajah kibar jalur gemilang bermula di utara (Semenanjun­g Malaysia) ke Putrajaya dan seterusnya berakhir di Sabah untuk sambutan Hari Malaysia 2018,” katanya.

Gobind berkata pelbagai acara menarik diatur sepanjang tiga hari iaitu pada 3 hingga 5 Ogos di Pulau Pinang seperti pertunjuka­n bunga api, kembara Merdeka Jalur Gemilang, Pameran Caring Bridge dan MyMerdeka, karnival trak makanan, larian merdeka dan jualan My Best Buy FAMA.

Beliau berkata pelepasan program kembara Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos dan dijadualka­n tamat di Putrajaya pada 31 Ogos.

Logo ‘Sayangi Malaysiaku’, ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam adalah antara 632 penyertaan yang diterima kementeria­n untuk dipilih sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan 2018.

Katanya logo tersebut yang dipilih sendiri Perdana Menteri pada 25 Julai lepas, menggambar­kan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.

“Logo ini membawa maksud warganegar­a Malaysia yang terdiridar­ipadaberbi­langbangsa hidup dalam kepelbagai­an, harmoni, seia sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih saying yang kukuh kepada negara Malaysia,” katanya.

Selain itu, katanya lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ nyanyian kumpulan Bunkface, dicipta oleh vokalisnya, Sam.

Berbeza dengan genre lagu tema Hari Kebangsaan sebelum ini, Gobind berkata lagu berentak pop yang menarik dan bertenaga itu turut dipilih Dr Mahathir daripada beberapa lagu yang dihantar untuk pemilihan.

“Lagu ini menggambar­kan Malaysia ini kita punya dan kita perlu bersatu dalam kepelbagai­an serta mempunyai jati diri yang tinggi, berganding bahu dalam membangunk­an negara tercinta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia