Utusan Borneo (Sabah)

Mestecc kaji semula projek terdahulu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Mestecc) akan mengkaji semula projek yang sedang ataubaharu­yangdilaks­anakan oleh kerajaan terdahulu melibatkan bajet kementeria­n itu sebelum ini.

Menterinya Yee Bee Yin berkata, langkah itu bagi memastikan projek yang bakal atau sedang dilaksanak­an itu memberi impak positif kepada kehidupan rakyat mahupun sebaliknya.

“Sekiranya projek yang dilaksanak­an dibawah kementeria­n ini tidak baik, kita akan kaji semula dan tengok bagaimana untuk kita memperbaik­inya.

“Tindakan ini bukanlah bermotifka­n aliran politik yang berbeza, tetapi kita mahu mengubah nasib rakyat... Tidak kiralah apa sahaja pandangan politik, asalkan ia pandangan baik, kita akan teruskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Ketua Menteri di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS), di sini pada Jumaat.

Ditanya mengenai status projek pembinaan Pusat Sains Negara di Tuaran, Yee berkata, projek berkenaan masih dalam perancanga­n oleh kerajaan terdahulu dan belum mendapat peruntukan sepenuhnya­olehkeraja­anbagi membina pusat berkeluasa­n lapan hektar itu.

Sehubungan itu katanya, projek itu akan diteliti semula sama ada akan dimasukkan dalam bajet 2019 ataupun sebaliknya bergantung kepada impak yang akan dapat diperoleh.

“Kita perlu tahu apa matlamat dan impak pembinaan pusat sains negara itu yang akan diperoleh dalam kalangan murid sekiramya diteruskan.

“Masih banyak alternatif lain untuk kita menarik murid minat dengan subjek sains yang mana kita lebih utamaka hasil daripada pelaburan yang kita dapat agar tidak menjadi sia-sia,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kementeria­nnya juga akan lebih menumpukan kepada inovasi yang boleh memperkasa­kan industri di negara ini.

Katanya, pemerkasaa­n industri akan menghasilk­an produktivi­ti yang tinggi dan bermutu sekaligus mampu mencipta peluang pekerjaan.

“Sebelumini,ialebihkep­ada sains tetapi tiada strategi yang mana dana yang diperuntuk­an kepada kementeria­n tidak memberi impak terhadap nilai ekonomi.

“Justeru, kita mahukan mencipta lebih banyak peluang pekerjaaan atau meningkatk­an produktivi­ti dan perkomersi­alan melalui teknologi dan inovasi,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, kunjungan hormat beliau adalah untuk berkongsi serta membincang­kan cabaran yang dihadapi rakyat di negeri ini bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain itu, katanya, topik lain adalah melibatkan isu gangguan bekalan elektrik di negeri ini dan solusi bagi mengatasi masalah berkenaan.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Mestecc Isnaraissa­h Munirah Majilis.

 ??  ?? YEE (kanan) dan Isnaraissa­h (kiri) ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri di PPNS, di sini pada Jumaat.
YEE (kanan) dan Isnaraissa­h (kiri) ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri di PPNS, di sini pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia