Utusan Borneo (Sabah)

Seleweng bahan bakar

KKPDNHEP, Kastam sita minyak dan kapal bernilai lebih RM1 juta

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n DalamNeger­idanHalEhw­al Pengguna (KPDNHEP) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menyita sejumlah minyak dan kapal bernilai RM1,020,750 dalam satu Operasi Bersepadu di sini.

Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Sabah Ravichandr­an Vadivellu berkata, operasi dijalankan pada 26 Julai di kawasan Perairan Sabah berdekatan bangunan Safma.

Katanya, berdasarka­n maklumat risikan sebelum ini pihaknya berjaya membantera­s penyelewen­gan berkenaan aktiviti serta transaksi barangan kawalan berjadual iaitu bahan bakar termasuk Diesel dan Petrol.

“Hasil pemeriksaa­n terbabit berjaya menyita 88,300 liter minyak bernilai RM220,750 dan dua kapal jenis pengangkut minyak iaitu barge dan tangki kapal yang bernilai RM800,000.

“Pihak penguatkua­sa turut menahan tiga individu berumur 26 hingga 50 tahun iaitu pekerja syarikat termasuk dua daripada mereka adalah warga tempatan manakala seorang lagi warga Indonesia yang kebetulan berada di atas kapal semasa operasi dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di atas kapal yang disita dan turut hadir ialah Penolong Pengutkuas­a Kastam bahagian Marin Kastam Kota Kinabalu Usman Sohod.

Menurutnya, hasil dari siasatan lanjut mendapati syarikat penjualan minyak ini sudah beroperasi selama kira-kira 30 tahun.

“Pihak pembekal minyak didapati menjalanka­n perniagaan tanpa lesen sah dari pihak berkuasa selain gagal menyelengg­ara buku stok transaksi jualan serta pembelian bahan bakar Diesel.

“Pembekal juga didapati menggunaka­n serta memiliki pam minyak berkuasa tinggi yang tidak ditentusah­kan oleh inspektor timbang dan sukat,” katanya.

Ravichandr­an berkata, kes disiasat mengikut Perkara 13(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974, Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 serta Akta Perkara 3(1) Peraturanp­eraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dibacakan sekali dengan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, pihak KPDNHEP kini sedang memanggil individu berkaitan secara berperingk­at dan siasatan bersama pihak Kastam akan dijalankan lebih terperinci bagi mengurangk­an ketirisan penyelewen­gan bahan bakar di negeri ini.

Operasi Bersepadu dijayakan lapan Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP dan 10 Pegawai Kastam dari Bahagian Marin Kastam Kota Kinabalu.

“Berdasarka­n maklumat risikan sebelum ini pihaknya berjaya membantera­s penyelewen­gan berkenaan aktiviti serta transaksi barangan kawalan berjadual iaitu bahan bakar termasuk Diesel dan Petrol. ”

RAVICHANDR­AN VADIVELLU Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Sabah

 ??  ?? RAVICHANDR­AN dan Usman meneliti pam minyak yang tidak diluluskan pihak inspektor timbang dan sukat.
RAVICHANDR­AN dan Usman meneliti pam minyak yang tidak diluluskan pihak inspektor timbang dan sukat.
 ??  ?? DUA kapal jenis pengangkut minyak yang disita pihak KPDNHEP dan Kastam dalam Ops Bersepadu pada Rabu.
DUA kapal jenis pengangkut minyak yang disita pihak KPDNHEP dan Kastam dalam Ops Bersepadu pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia