Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar jurusan sains rendah

Menyebabka­n pusat pengajian hadapi masalah

-

TUARAN: Bilangan pelajar yang mengambil jurusan sains sangat rendah sehingga pusat-pusat pengajian menghadapi masalah mendapatka­n pelajar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, bagi mengatasi masalah itu, kementeria­n lamanya (Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi) telah mencadangk­an untuk melaksanak­an program atau Pusat Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) Negara di Institut Pendidikan Guru (IPG) Nilai.

“Semua penyelidik­an bermula daripada masalah, sebagai contoh, kajian daripada Akademi Sains Malaysia (ASM) mendapati cabaran dan masalah utama kita hari ini adalah bilangan pelajar yang mengambil sains tidak sampai pun 21 peratus.

“Peratusan ini adalah mereka yang layak untuk mengambil jurusan sains tetapi yang mengambil jurusan itu sebenarnya lebih rendah mungkin tidak sampai 19 peratus.

“Peratusan ini adalah mereka yang layak untuk mengambil jurusan sains tetapi yang mengambil jurusan itu sebenarnya lebih rendah mungkin tidak sampai 19 peratus ”

DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Timbalan Ketua Menteri

“Kita sudah sampai ke tahap itu, sebab itu berdasarka­n Inquiries Base Education, saya telah bertemu dengan menteri baharu supaya Pusat STEM Negara dapat diteruskan,” katanya.

Menurut Madius, pada Januari lepas kerajaan terdahulu telah meluluskan program Pusat STEM Negara bagi mengatasi masalah berkenaan dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akademi Sains Malaysia (ASM).

Berkata yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata demikian di program Penutupan Seminar Penyelidik­an Pendidikan Sabah bertempat di Kampus IPG Kent, Tuaran.

Seminar sehari anjuran IPG Kent itu disertai lebih tiga ratus pelajar dan pensyarah bertujuan berkongsi maklumat untuk mecari penambahba­ikan berterusan serta alternatif komperhens­if terhadap pemantapan serta landasan bagi memantapka­n bakal guru semasa menjalanka­n tugas nanti.

Hadir sama ialah Pengarah IPG Kampus Kent Romli Darus dan Timbalan Pengarah Kampus Doti Asing.

 ??  ?? MADIUS (empat dari kiri), Romli (tiga dari kiri) dan Doti (tiga dari kanan) bergambar kenangan dengan peserta program.
MADIUS (empat dari kiri), Romli (tiga dari kiri) dan Doti (tiga dari kanan) bergambar kenangan dengan peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia