Utusan Borneo (Sabah)

DBP akan terus pujuk A.Samad Said

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berputus asa memujuk Sasterawan Negara (SN) Datuk Seri A.Samad Said untuk kembali ke agensi itu.

Pengerusi Lembaga Pengelolan­ya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata walaupun sasterawan itu telah membuat kenyataan menolak pelawaan itu, namun DBP optimis ia boleh diselesaik­an.

“Kita tahu seperti dilaporkan semalam, dia kata (A.Samad) sudah terlambat, kita masih tidak putus asa, kita masih terus berhubung dengan beliau, ini pun kita tunggu sahaja isyarat ke rumah beliau, jika ok, kita akan terus pergi (berbincang),” katanya kepada pemberita di majlis Ramah Mesra DBP Bersama Media di sini pada Jumaat.

Semalam dilaporkan A. Samad menolak pelawaan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu membawanya kembali ke DBP. A.Samad menyifatka­n hasrat itu sebagai sudah terlambat dan beliau sudah lama terpinggir dan tersingkir oleh kerajaan sejak dahulu.

Sementara itu, Dr MohamedHat­taberkata semua SN adalah ikon DBP dan ikon negara dan rasa kasih-sayang agensi itu dengan semua SN termasuk A. Samad tidak pernah putus.

“Dalam manamana hubungan kasih-sayang, tentu ada pasang-surut, kita hormati keputusan beliau, namun masih berharap dan pastinya di sinilah (DBP) tempat dia,” katanya.

Dr Maszlee sebelum iniberkata­kerajaanak­an kembali mempromosi karya-karya A. Samad termasuk membawanya kembali ke DBP.

A. Samad atau nama sebenanya Abdul Samad Muhammad Said menerima anugerah SN pada tahun 1985.

Antara karya terkenal beliau yang diterbitka­n oleh DBP ialah Lantai T.Pinkie yang pernah diadaptasi ke bentuk teater dan dipentaska­n di Istana Budaya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia