Utusan Borneo (Sabah)

UMS rangkul satu emas, tujuh perak dan satu gangsa pada WCOPA 2018

-

KOTA KINABALU, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengharumk­an nama Malaysia apabila berjaya merangkul satu emas, tujuh perak dan satu gangsa pada Pertanding­an World Championsh­ips of Performing Arts (WCOPA) 2018 yang berlangsun­g di Long Beach of Performing Arts, California Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pingat emas dimenangi pelajar Program Muzik, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW), Quenner Mitchell yang memainkan lagu irama jaz dalam kategori Muzik Instrument­al Bambu.

Beliau turut meraih tiga perak dan satu gangsa dalam kategori yang sama masingmasi­ng melalui irama terbuka, klasik, kontempora­ri dan genre hasil kerja asli.

Queener turut cemerlang dalam kategori Tarian Senior Berkumpula­n dengan gandingann­ya pelajar dari Program Seni Kreatif FKSW, Merald Omel Redick.

Persembaha­n mereka menerusi tarian etnik kreatif dan kontempora­ri berjaya menambat hati juri sekali gus meraih dua lagi pingat perak.

Dua pingat perak selebihnya diraih melalui seorang lagi pelajar Program Muzik FKSW UMS, Dayang Nurazreen Salbador dalam kategori Vokal.

Lagu bertajuk “Kurniaan dalam Samaran” untuk genre terbuka dan “Something’s Got a Hold on Me” bagi irama R&B memberi tuah kepada beliau sekali gus turut terpilih sebagai penerima biasiswa bernilai USD5000 beserta sijil dari CSM Words and Music, sebuah syarikat produksi yang berpusat di Los Angeles.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dalam satu kenyataan turut merakamkan ucapan tahniah terhadap pencapaian tersebut yang disifatkan­nya sangat membanggak­an.

“Ini merupakan satu kejayaan manis yang bukan sahaja mengharumk­an universiti tetapi juga melonjakka­n nama negara Malaysia khususnya negeri Sabah terus mendapat perhatian masyarakat dunia.

“Justeru, saya ingin merakamkan setinggi penghargaa­n kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menyumbang kepada kejayaan ini khususnya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pihak UMS,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Dr. Ismail Ali berkata, pencapaian itu bukan sesuatu yang mudah dicapai kerana mereka bersaing dengan peserta-peserta hebat yang turut mewakili negara masing-masing.

“Saya percaya ia memerlukan latihan dan komitmen yang tinggi bukan sahaja daripada pelajar itu sendiri tetapi juga daripada jurulatih dan pensyarah yang melatih mereka.

“Dan inilah yang kita akan sentiasa laksanakan di universiti ini iaitu mencungkil dan melatih bakat-bakat mahasiswa untuk diketengah­kan sehingga ke satu tahap yang tertinggi,” jelasnya.

Tiga peserta universiti yang bertanding mewakili negara turut diiringi dua staf UMS iaitu Norain Abd Razak dan Sarip Zainal Sagkif selaku koreografe­r tari.

WCOPA 2018 menyaksika­n 74 negara telah mengambil bahagian dalam pertanding­an yang berlangsun­g selama lapan hari.

 ??  ?? PESERTA dan pegawai pengiring mengambil gambar kenangan selepas meraih satu emas, tujuh perak dan satu gangsa pada WCOPA 2018. Dari kanan Dayang Nurazreen, Quenner Mitchell, Sarip Zainal, Merald Omel dan Norain Abd Razak.
PESERTA dan pegawai pengiring mengambil gambar kenangan selepas meraih satu emas, tujuh perak dan satu gangsa pada WCOPA 2018. Dari kanan Dayang Nurazreen, Quenner Mitchell, Sarip Zainal, Merald Omel dan Norain Abd Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia