Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar digesa buang sifat malu

Untuk menguasai bahasa Inggeris

-

KOTA BELUD: Pelajar digesa membuang sifat malu dan segan dalam mempelajar­i bahasa Inggeris khususnya dalam perbualan, kerana perkara demikian akan menyebabka­n mereka ketinggala­n dalam pelbagai aspek.

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Mohd Fadzli Haji Abd Rodzan berkata, para pelajar sepatutnya perlu berasa gembira dan santai ketika belajar bahasa itu, kerana ia tidak sukar dipelajari seperti anggapan sesetengah pihak.

Sambil memberi contoh bangsa lain, Fadzli berkata bahawa orang Jepun, Korea atau Amerika Syarikat tidak pernah berasa kekok dan segan dalam mempelajar­i bahasa Melayu sebaliknya mereka terus berusaha gigih dengan pelbagai cara sehingga berjaya.

“Kita perlu mempunyai semangat sedemikian, iaitu belajar tanpa rasa putus asa. Mereka yang berkenaan bersusah payah mempelajar­i bahasa kita, tetapi kita pula berasa malu sendiri apabila bercakap dalam bahasa Inggeris. Kita perlu mengubah paradigma ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ‘A Day With English’ yang melibatkan seluruh pelajar SK Sembirai di dewan terbuka SK Sembirai pada Rabu.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Sembirai Mudin Hj Mohamad, Penolong Kanan 1 (Pentadbira­n) Maimah Hj Adzim dan Kaunselor SK Sembirai Mohd Khaidir Harun.

Menurutnya, bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubunga­n antarabang­sa dan disebabkan itu minat untuk mempelajar­i bahasa ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah rendah supaya para pelajar lebih yakin menggunaka­n bahasa itu pada masa hadapan.

“Program kempen berbahasa Inggeris begini perlu disemarakk­an lagi di semua peringkat kerana kita mahu semua pihak menyedari betapa pentingnya bahasa Inggeris sekiranya kita mahu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

“Sehari berbahasa Inggeris dalam seminggu persekolah­an amat berkesan jika semuanya komited dalam melaksanak­an tanggungja­wab masing-masing. Buanglah sikap malu, kerana masa hadapan menjanjika­n kejayaan bagi mereka yang rajin berusaha,” jelasnya.

Antara pengisian dalam program itu ialah Find Words Puzzle, Find The Hidden Object, Spelling Bee, Pupils Gathered At The Hall dan Poem Recitation.

“Kita perlu mempunyai semangat sedemikian, iaitu belajar tanpa rasa putus asa. Mereka yang berkenaan bersusah payah mempelajar­i bahasa kita, tetapi kita pula berasa malu sendiri apabila bercakap dalam bahasa Inggeris. Kita perlu mengubah paradigma ini.”

MOHD FADZLI HAJI ABD RODZAN, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud

 ??  ?? FADZLI (duduk, dua kanan) bersama Mudin (duduk, dua kiri) bergambar dengan para pelajar serta guru-guru SK Sembirai.
FADZLI (duduk, dua kanan) bersama Mudin (duduk, dua kiri) bergambar dengan para pelajar serta guru-guru SK Sembirai.
 ??  ?? FADZLI menyampaik­an hadiah kepada peserta yang berjaya dalam program itu sambil diperhatik­an oleh Mudin.
FADZLI menyampaik­an hadiah kepada peserta yang berjaya dalam program itu sambil diperhatik­an oleh Mudin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia