Utusan Borneo (Sabah)

Guru perlu laksana kerja dengan cekap

-

LABUAN: Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan diadakan bagi mengiktira­f pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Labuan dan sekolah yang telah dinaikkan pangkat tahun 2017 dan 2018.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin mengucapka­n penghargaa­n kepada warga Jabatan Pendidikan Labuan yang sentiasa komited untuk melaksanak­an tugas dengan penuh bersemanga­t demi kecemerlan­gan organisasi.

Katanya, dengan adanya penambahba­ikan laluan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlan­gan yang memberi peluang yang luas kepada Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan untuk menikmati kenaikan pangkat merupakan satu penghargaa­n dan pengiktira­fan kerajaan kepada para guru.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntu­kkan sejumlah besar kewangan yang membuktika­n kesungguha­n kerajaan memberi pengiktira­fan kepada usaha guru dalam membentuk modal insan yang berpersona­liti unggul.

“Saya berharap agar kenaikan pangkatini­akanmember­isemangat dan dorongan kepada semua guru untuk meningkatk­an prestasi masing-masing, melaksanak­an kerja dengan cekap dan produktif, beriltizam tinggi serta mensyukuri nikmat seperti yang terkandung dalam Teras Perkhidmat­an Awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 di Bilik Benua, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).

Pada majlis itu, seramai 59 warga Jabatan Pendidikan menerima surat kenaikan pangkat TimeBased Berasaskan Kecemerlan­gan Gred DG32 hingga Gred DG44, empat guru besar serta seorang pegawai jabatan menerima surat pengesahan kenaikan pangkat ke Gred DG42.

Seramai 72 orang PPP ke Gred DG42 yang memangku pada 1 Disember 2016 telah menerima kenaikan pangkat pada Februari 2017 juga menerima surat pengesahan kenaikan pangkat itu.

 ??  ??
 ??  ?? Gambar atas MAHANI (empat kanan) antara Guru Besar yang menerima surat kenaikan pangkat daripada Raisin (tiga kiri).
Gambar atas MAHANI (empat kanan) antara Guru Besar yang menerima surat kenaikan pangkat daripada Raisin (tiga kiri).
 ??  ?? Gambar kanan WARGA guru gembira menerima surat kenaikan pangkat bersama Raisin (empat kiri).
Gambar kanan WARGA guru gembira menerima surat kenaikan pangkat bersama Raisin (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia