Utusan Borneo (Sabah)

Museveni bakal ‘presiden seumur hidup’: Peguam

Selepas undang-undang mewajibkan calon presiden Uganda berusia di bawah 75 tahun dimansuh

-

MBALE: Seorang peguam bagi sebuah kumpulan ketua pembangkan­g di Uganda telah memberi amaran bahawa Presiden Yoweri Museveni, 73, sedang menuju ke arah “pemerintah­an presiden seumur hidup” selepas mahkamah menegakkan pindaan perlembaga­an yang memansuhka­n had usia presiden.

Sebelum ini undang-undang itu mewajibkan calon presiden berusia di bawah 75 tahun dan ini pasti menghalang Museveni, yang sudah menjadi presiden sejak 1986, daripada menyertai pilihan raya semula pada 2021.

Namun rang undang-undang yang memansuhka­n had itu diperkenal­kan di parlimen pada September tahun lalu dan diluluskan untuk menjadi undang-undang pada Disember lalu, sekali gus mencetuska­n demonstras­i dan kemarahan pembangkan­g yang menuduh Museveni merampas kuasa.

Sekumpulan tokoh pembangkan­g mengemukak­an semakan semula kehakiman yang didengar oleh hakim dalam sesi maraton kelmarin.

“Mahkamah telah mengukuhka­n pemerintah­an presiden seumur hidup – pemerintah­an seorang lelaki,” kata peguam hak asasi manusia Ladislaus Rwakafuzi yang mewakili perikatan yang mahu had umur dilaksanak­an semula.

“Saya rasa hakim kita tidak berani untuk memberitah­u presiden bahawa beliau sudah cukup lama memerintah.”

Majoriti hakim mahkamah perlembaga­an, yang bersidang di bandar terpencil Mbale, kira-kira 225 kilometer ke timur ibu negara Kampala, membuat keputusan yang menyokongp­emansuhanh­ad usia bagi calon pilihan raya presiden.

Rwakafuzi menambah beliau akan berunding dengan anak guamnya sama ada untuk merayu keputusan itu ataupun tidak.

Ketua pembangkan­g dalam parlimen, Winnie Kiiza, berkata “kita masih percaya kita boleh mendapatka­n keadilan pada peringkat lain”.

Namun hakim menolak usaha penggubal undangunda­ng untuk melanjutka­n penggal mereka daripada lima kepada tujuh tahun yang bermakna pilihan raya akan diadakan pada 2023, dan seorang hakim menyifatka­n usaha mereka sebagai “mementingk­an diri”.

Hakim juga memutuskan usaha untuk memperkena­lkan had penggal presiden – yang dimansuhka­n bersama pengenalan semula politik pelbagai parti pada 2005 ketika perlembaga­an kali terakhir dipinda – mencabul prosedur parlimen.

Mereka memutuskan usaha itu tidak sah, sekali gus membuka jalan bagi Museveni untuk memerintah sampai bila-bila masa.

Museveni, yang merampas kuasa ketika beliau menjadi ketua tentera pemberonta­k pada 1986, pernah menyatakan pemimpin “yang memegang kuasa terlalu lama” adalah punca bagi masalah di Afrika.

Bagaimanap­un ketika bertanding untuk penggal kelima pada 2016, beliau berkata ia bukan masa yang sesuai untuknya berundur kerana beliau masih ada kerja untuk dibuat.

Timbalan Peguam Negara Mwesigya Rukutana, yang mewakili kerajaan, berkata beliau berasa “cukup gembira” dengan keputusan mahkamah itu.

 ??  ??
 ??  ?? MUSEVENI
MUSEVENI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia