Utusan Borneo (Sabah)

Serangan pisau bunuh seorang di Tebing Barat

-

ADAM: Serangan pisau oleh seorang rakyat Palestin di sebuah kawasan penempatan Tebingan Barat kelmarin mengorbank­an seorang rakyat Israel dan mencederak­an dua yang lain, sementara penyerang tersebut telah ditembak mati, kata pihak berkuasa.

Penyerang berusia 17 tahun telah memasuki kawasan penempatan Adam berhampira­n Ramallah di Tebingan Barat yang ditakluki pada petang kelmarin, kata seorang jurucakap tentera Israel Jonathan Conricus.

“Seorang penyerang menyusup masuk ke dalam kawasan penempatan Adam dan menikam tiga orang awam,” menurut pihak tentera dalam satu kenyataan.

“Penyerang itu telah ditembak dan terbunuh,” tambahnya lagi.

Salah seorang mangsa yang tercedera, berusia 31 tahun, kemudian meninggal dunia akibat kecederaan­nya selepas tiba di hospital dalam keadaan kritikal, umum pihak hospital yang merawatnya.

Seorang mangsa berusia 58 tahun telah dilaporkan sebagai mengalami kecederaan serius namun stabil. Mangsa ketiga, yang turut menembak rakyat Palestin tersebut, telah mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.

Conricus menyatakan penyerang tersebut, dari perkampung­an Kobar Palestin, telah ditembak oleh seorang penduduk awam yang lalu di kawasan itu pada masa tersebut dan menyaksika­n insiden berkenaan.

Rakyat Palestin itu berjaya melompat pagar di kawasan penempatan dan menikam dua pejalan kaki, lapor media Israel.

Penyerang Palestin telah melakukan beberapa serangan tikaman maut dan rempuhan kereta terhadap rakyat Israel sejak beberapa tahun ini.

Serangan tikaman terakhir di kawasan penempatan Tebingan Barat adalah pada April 2018, apabila seorang rakyat Palestin cuba menikam seorang rakyat Israel dengan pemutar skru berhampira­n sebuah stesen minyak di kawasan perindustr­ian disambungk­an dengan kawasan penempatan Maale Adumim di timur Baitulmuqa­ddis.

Serangan kelmarin muncul ketika keganasan terbaharu antara tentera Israel dan beberapa kumpulan Palestin di Semenanjun­g Gaza yang ditawan, namun Tebingan Barat masih lagi kekal dalam keadaan tenang.

Pada awal hari itu, pergerakan Islam Palestin Hamas, yang memerintah Gaza, menjanjika­n tindakan balas dendam selepas serangan Israel ke atas enklaf pantai yang mengorbank­an tiga anggotanya.

Israel menyatakan tembakan artileri pada lewat Rabu lepas merupakan serangan balas bagi tembakan yang dilakukan terhadap pasukan tentera di sepanjang sempadan yang mencederak­an seorang anggota tentera.

“Pihak musuh harus membayar satu nilai yang tinggi dalam bentuk darah bagi jenayah yang ia lakukan setiap hari terhadap hak asasi rakyat dan pejuang kita,” tegas Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas. Serangan muncul lima hari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mesir mengatur satu perjanjian bagi menghentik­an kebangkita­n pada 20 Julai dalam keganasan yang meragut nyawa empat orang Palestin dan seorang anggota tentera Israel – yang pertama terbunuh di kawasan itu sejak perang terakhir di Gaza pada 2014.

Pada Selasa lepas, pihak Israel telah membuka semula separuh daripada satusatuny­a laluan barangan dengan Semenanjun­g Gaza, selepas penutupan selama dua minggu akibat ketegangan di sempadan dan layang-layang pembakar yang mencetuska­n kebimbanga­n mengenai kekurangan minyak teruk di kawasan Palestin yang ditutup.

Ketegangan di sepanjang sempadan Gaza telah bertambah pada lewat Mac apabila pihak Palestin melancarka­n satu pergerakan bantahan besar-besaran.

Sekurang-kurangnya 149 rakyat Palestin telah terkorban di Gaza akibat tembakan tentera Israel sejak 30 Mac.

Israel menyatakan sekatannya adalah perlu untuk menghalang Hamas dari memperoleh­i senjata atau bahan-bahan yang boleh digunakan bagi tujuan ketenteraa­n.

Namun pegawai PBB dan kumpulan hak asasi telah beberapa kali menyeru agar sekatan tersebut ditarik balik, memetik keadaan kemanusiaa­n yang bertambah teruk di kawasan berkenaan, kediaman bagi dua juta orang.

 ??  ??
 ?? -Gambar REUTERS ?? ANGGOTA askar Israel meningkatk­an kawalan di sebuah kawasan penempatan Tebingan Barat.
-Gambar REUTERS ANGGOTA askar Israel meningkatk­an kawalan di sebuah kawasan penempatan Tebingan Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia