Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk di bandar utara California lari dari kebakaran marak

-

CALIFORNIA: Penduduk di sebuah bandar utara California telah bergegas semalam untuk melarikan diri dari kebakaran hutan yang semakin marak dan di luar kawalan ketika ia membakar beberapa rumah dan perniagaan serta menumbangk­an tiang elektrik, lapor media.

Kebakaran yang dikenali sebagai Carr Fire, yang telah bertambah tiga kali ganda sejak dua hari lepas di kawasan seluas 28,000 ekar, menyeberan­gi Sungai Sacramento untuk mengancam ratusan rumah di bahagian barat bandar Redding, menurut Sacramento Bee.

“Kebakaran itu bergerak dengan sangat pantas di mana penguat kuasa undang-undang telah melakukan pemindahan secepat yang mungkin. Terdapat beberapa kecederaan terhadap orang awam dan anggota bomba,” jurucakap Jabatan Perhutanan dan Perlindung­an Kebakaran California Scott McLean memberitah­u akhbar.

“Ia adalah agak terlalu dinamik dan membakar dengan pantas,” jelas beliau.

Jalan raya keluar dari bandar yang mempunyai seramai 90,000 penduduk, sesak dengan penunggang motosikal cuba melarikan diri dari kebakaran, ditunjukka­n dalam kenyataan dihantar di media sosial.

Anggota bomba tempatan dan negeri tidak dapat dihubungi bagi mengesahka­n maklumat mengenai kecederaan.

Beberapa gangguan bekalan elektrik dilaporkan, kata pihak bandar dalam laman sesawangny­a, sambil menambah utiliti tenaga telah memutuskan bekalan elektrik di kawasan utaranya.

 ?? — Gambar Reuters ?? ASAP hitam dan api dilihat ketika kebakaran hutan merebak menerusi Redding, California dalam gambar pegun video diambil daripada media sosial@pbandjamme­rs.
— Gambar Reuters ASAP hitam dan api dilihat ketika kebakaran hutan merebak menerusi Redding, California dalam gambar pegun video diambil daripada media sosial@pbandjamme­rs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia