Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat AS bawa jasad korban Perang Korea tiba di Korea Selatan

-

SEOUL: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa jasad rakyat AS terkorban dalam Perang Korea yang diambil dari Korea Utara, tiba di Korea Selatan semalam – hari ulang tahun ke-65 perjanjian gencatan senjata yang menamatkan peperangan tersebut.

Kepulangan jasad itu menandakan separuh telah dipenuhi daripada perjanjian yang dicapai oleh Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ketika persidanga­n bersejarah mereka di Singapura pada bulan lepas.

Selepas meninggalk­an bandar pelabuhan Wonsan di Korea Utara, pesawat kargo C-17 mendarat di Pangkalan Tentera Udara AS Osan di Korea Selatan pada kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan, di mana gambar secara langsung dalam TV menunjukka­n anggota tentera AS berbaris bagi satu upacara.

Lebih 35,000 rakyat AS terkorban di Semenanjun­g Korea semasa peperangan, yang mana kira-kira 7,700 masih dianggap sebagai hilang, termasuk 5,300 di Korea Utara sahaja, menurut Pentagon.

“Tindakan pada hari ini mewakili langkah pertama yang penting untuk meneruskan penghantar­an pulang jasad tersebut dari Korea Utara dan bagi meneruskan operasi lapangan di Korea Utara untuk mencari kira-kira 5,300 rakyat AS yang masih belum pulang ke tanah air,” kata pihak Rumah Putih dalam satu kenyataan.

“Kami telah digalakkan oleh tindakan Korea Utara dan momentum bagi perubahan positif,” menurut kenyataan, sambil menambah bahawa satu upacara penghantar­an pulang secara rasmi akan diadakan di Pangkalan Udara Osan pada minggu depan.

Di antara 1990 dan 2005, 229 set jasad dari Korea Utara telah dihantar pulang, namun operasi tersebut ditangguhk­an semasa hubungan tegang berikutan program senjata nuklear di Pyongyang.

Jasad yang diterbangk­an ke Osan semalam dijangka akan dihantar ke Hawaii bagi pengenalpa­stian forensik.

 ?? — Gambar Reuters ?? PENGAWAL kehormat PBB membawa kotak berisi jasad rakyat AS yang terbunuh semasa Perang Korea 1950-53 turun dari pesawat yang tiba dari Korea Utara di Pangkalan Tentera Osan di Pyeongtaek, Korea Selatan semalam.
— Gambar Reuters PENGAWAL kehormat PBB membawa kotak berisi jasad rakyat AS yang terbunuh semasa Perang Korea 1950-53 turun dari pesawat yang tiba dari Korea Utara di Pangkalan Tentera Osan di Pyeongtaek, Korea Selatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia