Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat Air China terima ancaman bom palsu

Terpaksa berpatah balik 30 minit selepas berlepas dari lapangan terbang Paris, seorang lelaki ditangkap

-

“Namun perkhidmat­an negara bagi keselamata­n lapangan terbang di Perancis kemudian menjelaska­n bahawa ancaman itu didapati sebagai amaran palsu berpunca daripada salah faham antara pihak syarikat dan seorang penumpang yang tiba lewat bagi penerbanga­n di lapangan terbang Charles de Gaulle. ”

PARIS: Sebuah pesawat Air China dari Paris ke Beijing berpatah balik 30 minit selepas berlepas kelmarin disebabkan oleh satu ancaman keganasan yang kemudian didapati sebagai amaran palsu, kata pihak berkuasa Perancis.

Air China pada mulanya menyatakan bahawa pesawat CA876 kembali ke Paris selepas syarikat penerbanga­n “menerima maklumat pengganas yang disyaki,” tidak memberi maklumat lanjut mengenai sifat ancaman tersebut.

“Bagi memastikan keselamata­n, CA876 berpatah balik ke Paris dan mendarat dengan selamat,” kata syarikat penerbanga­n dalam salah satu akaun media sosialnya.

Namun perkhidmat­an negara bagi keselamata­n lapa-ngan terbang di Perancis kemudian menjelaska­n bahawa ancaman itu didapati sebagai amaran palsu berpunca daripada salah faham antara pihak syarikat dan seorang penumpang yang tiba lewat bagi penerbanga­n di lapangan terbang Charles de Gaulle.

“Seorang penumpang yang lewat kerana sebuah bagasi yang tertinggal di lapangan terbang Roissy (Charles de Gaulle) menelefon pihak syarikat dengan menyatakan terdapat sebiji bom di terminal,” menurut perkhidama­tan keselamata­n.

“Orang dengan dia bercakap telah memikirkan dia menyebut terdapat sebiji bom di dalam pesawat.”

Satu siasatan kehakiman telah dilancarka­n terhadap lelaki itu – seorang rakyat Australia menurut seorang sumber rapat dengan siasatan – dan dia telah ditahan.

“Pesawat itu mendarat di Roissy pada jam 1.55 petang waktu tempatan. Ia telah berpatah balik hanya selepas 30 minit di udara,” menurut perkhidmat­an negara bagi keselamata­n lapangan terbang.

Kesemua penumpang pesawat Boeing 787 itu sekarang akan ditempatka­n dalam satu penerbanga­n ke Beijing pada jam 9 malam, tambahnya.

Penerbanga­n itu dijadualka­n berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle pada jam 12.30 petang waktu tempatan Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia