Utusan Borneo (Sabah)

Sukarelawa­n bergegas bantu mangsa kebakaran Greece

-

RAFINA: Beberapa sekolah di pekan pelabuhan Rafina di Greece dalam keadaan sibuk yang luar biasa bagi musim panas – dibanjiri dengan sumbangan dan anggota sukarelawa­n, menunjukka­n sifat perpaduan tempatan yang meluas bagi mangsa kebakaran maut.

“Kamu lihat budak perempuan ini? Rumah dia hangus terbakar dan sekarang dia berada di sini setiap hari untuk membantu,” kata Anastasios Moustikadi­s, menunjuk kepada seorang remaja yang mengatur botol air minuman.

Lelaki berusia 40 tahun itu, yang menguruska­n sumbangan di sekolah rendah yang bertukar menjadi sebua gudang, turut kehilangan salah seorang teman paling rapatnya dalam kebakaran ketika ia memusnahka­n kampung berhampira­n Mati.

“Saya akan menghadiri upacara pengebumia­n beliau pada Ahad ini, itu adalah satu-satunya masa rehat untuk diri saya sendiri,” kata Moustikadi­s, ketika sekumpulan sukarelawa­n tiba untuk membantu meng-agihkan sumbangan dengan menggunaka­n kereta.

Dalam masa beberapa jam selepas tragedi malam Isnin, ketika lebih 80 orang terkorban – kebanyakan­nya lemas akibat asap atau terbakar hiduphidup dalam kebakaran yang teruk – satu gelombang besarbesar­an bagi perpaduan telah melanda negara tersebut.

“Mati kelihatan seperti sebuah zon perang, ia adalah tidak dapat dipercayai,” ujar Zoi Pantelidou, 26, yang menjadi sukarelawa­n di dewan perbandara­n sejak Selasa lepas, menguruska­n anggota sukarelawa­n lain dan sumbangan.

“Saya tidak dapat memberitah­u kamu berapa ramai sebenarnya anggota sukarelawa­n di sana, jumlahnya bertambah dari hari ke hari,” menurut Savvas Arapkilis, timbalan datuk bandar.

Kelmarin, beberapa orang, kebanyakan­nya remaja dan golongan dewasa muda, berbaris dengan penuh sabar bagi mendaftar untuk tugas sukarelawa­n.

“Mereka adalah anak-anak krisis, mereka mengetahui bahawa kita memerlukan perpaduan dan bekerjasam­a,” kata Moustikadi­s.

Rondaan oleh pasukan sukarelawa­n telah membolehka­n mereka menemui situasi kemanusiaa­n yang kritikal yang telah terlepas dari perhatian pihak berkuasa.

Namun kadangkala, anggota sukarelawa­n telah me-ronda sebuah kawasan di mana tiada penduduk yang tinggal, Di beberapa rumah terbakar, nota-nota pendek telah ditulis di luarnya: “Kami dalam keadaan baik” di samping nombor telefon bimbit di mana mereka boleh dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia