Utusan Borneo (Sabah)

Pertubuhan wartawan kutuk pembunuhan pemandu AFP di Afghanista­n

-

BRUSSELS: Sebuah pertubuhan wartawan, Internatio­nal Federation of Journalist­s (IFJ), kelmarin mengutuk pembunuhan Mohammad Akhtar, seorang pemandu bagi AFP berusia 31 tahun, dalam serangan nekad di Kabul dan menyeru agar mereka yang bertanggun­gjawab dihukum.

Akhtar, bapa kepada empat anak termasuk seorang bayi yang baharu berusia beberapa bulan, adalah di kalangan 23 orang yang terkorban pada 22 Julai lepas dalam serangan yang diakui oleh kumpulan Negara Islam (IS) yang berlaku ketika penyokong Naib Presiden Afghan Abdul Rashid Dostum meninggalk­an lapangan terbang antarabang­sa di ibu negara selepas menyambut kepulangan bekas ketua perang itu dari buangan.

“IFJ mengecam pembunuhan kakitangan media Mohammad Akhtar di Afghanista­n dan menuntut keadilan untuk beliau dengan memastikan hukuman terhadap mereka yang terlibat dalam serangan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pembunuhan itu sekali lagi menunjukka­n keadaan tidak selamat bagi wartawan di Afghanista­n, sebuah negara di bawah penguasaan keganasan yang menyasarka­n golongan tidak bersalah yang tidak menaruh syak wasangka, termasuk wartawan.”

Akhtar merupakan kakitangan agensi yang ketiga terbunuh di Afghanista­n sejak 2014. “Sekali lagi biro kami di Kabul telah mengalami satu pukulan mengecewak­an,” kata Michele Leridon, Pengarah Berita AFP Global.

IFJ yang berpusat di Brussels menyatakan ia adalah sebuah pertubuhan wartawan utama di dunia dengan kirakira 600,000 anggota di 146 negara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia