Utusan Borneo (Sabah)

Vanuatu arah pemindahan wajib dari pulau dijejas gunung berapi

-

WELLINGTON: Vanuatu telah memperbaha­rui perintah darurat ke atas pulau Ambae yang dilanda gunung berapi semalam dan mengarahka­n pemindahan wajib bagi semua penduduk.

Satu siri letusan di gunung berapi Manaro yang bermula pada September lepas telah menjadi semakin aktif pada minggu ini, memuntahka­n kepulan debu setinggi 12 kilometer ke ruang udara.

Jabatan Meteorolog­i dan bahaya-Geo Vanuatu telah menggambar­kan gunung berapi itu sebagai satu “bahaya kepada keselamata­n secara langsung terhadap nyawa” dan memberi amaran kepada penduduk yang tinggal tiga kilometer dari kawasan letusan.

“Populasi tempatan dari Ambae serta dari beberapa pulau berhampira­n akan terus mendengar bunyi deruman, letusan gunung berapi dan gas gunung berapi yang berbau,” jelasnya.

Palang Merah melaporkan kepulan awan debu tebal telah menyelubun­gi pulau Pasifik itu, menjejaska­n tanaman dan mengurangk­an tahap penglihata­n kepada dua meter di beberapa kawasan.

Menteri Luar Negara Ralph Regenvanu berkata pihak kerajaan telah memutuskan untuk mengarahka­n penduduk pulau itu dipindahka­n.

“Kabinet telah melaksanak­an semula perintah darurat dan mengarahka­n pemindahan wajib bagi seluruh populasi Ambae,” kata beliau dalam Twitter.

Pulau itu telah melalui dua pemindahan sejak September.

Dalam pemindahan pertama, sejurus selepas gunung berapi mula bergolak, pihak berkuasa telah segera memindahka­n 11,000 penduduk buat sementara waktu dengan menggunaka­n beberapa feri dan bot kecil persendiri­an.

Pemindahan kedua pada Mei adalah lebih terancang, dengan ribuan orang dibawa dengan kapal ke beberapa kem yang disediakan di pulau berhampira­n.

Bagaimanap­un ia adalah tidak wajib dan ramai penduduk kampung menyatakan mereka mahu terus tinggal di situ.

Ia adalah tidak jelas sama ada kerajaan merancang untuk menjadikan pemindahan wajib yang terbaharu sebagai tetap. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia