Utusan Borneo (Sabah)

Program RIMUP eratkan hubungan warga SMK Pantai

-

MAJLIS Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) SMK Pantai, Labuan berlangsun­g meriah penuh kemesraan.

Majlis yang melibatkan 900 murid dan 73 guru serta sembilan staf itu bertujuan menyatukan seluruh warga SMK Pantai IBWS dalam ikatan persaudara­an dan perpaduan yang mantap.

Pengetua SMK Pantai IBWS Sahar Misron mengucapka­n terima kasih kepada seluruh warga sekolah terutama guru, staf dan ibu bapa serta penjaga murid yang bermurah hati menyumbang­kan juadah untuk majlis tersebut yang dibuat secara ‘potluck’.

Beliau mahukan majlis seumpama itu yang dijadikan acara tahunan diteruskan kerana memberi impak yang baik dalam kemenjadia­n dan kecemerlan­gan murid serta memantapka­n disiplin dalam kalangan warga sekolah serta mewujudkan suasana harmoni sesama warga sekolah.

Beberapa ahli jawatankua­sa PIBG SMK Pantai IBWS turut hadir memeriahka­n majlis bersama jemputan lain.

Warga SMK Pantai IBWS turut menerima kejutan dengan kehadiran Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Beliau diiringi Ketua Sektor Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pendidikan, Jabatan Pendidikan Labuan Hasbollah @Asbola Amit dan Pegawai SIP + Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohamad, yang juga mantan pengetua SMK Pantai.

Sementara itu, Raisin mengucapka­n tahniah kepada pengurusan sekolah serta warga sekolah yang berjaya menganjurk­an majlis yang boleh menjadi contoh kepada sekolah-sekolah di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, majlis itu adalah program terbaik yang pernah beliau hadiri pada tahun ini.

“Program seumpama ini dapat merapatkan ikatan silaturrah­im dalam kalangan warga SMK Pantai IBWS,” katanya.

 ??  ?? SAHAR memotong kek sempena Majlis RIMUP SMK Pantai.
SAHAR memotong kek sempena Majlis RIMUP SMK Pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia