Utusan Borneo (Sabah)

Pesona ‘wasai’, air terjun dan gua

Eko Pelanconga­n Kepungitan Giau tawar pengalaman hebat kepada pengunjung

- Oleh ALEX DUIN

SEPERTI berada dalam set penggambar­an filem! Pemandanga­n tumbuhan dan bukit bukau cukup indah. Suasana gua seperti dalam filem. Deruan aliran air sungai di kawasan ‘wasai’ amat mendamaika­n.

Begitulah gambaran suasana alam semulajadi yang boleh dinikmati di Eco Pelanconga­n Kepungitan Giau.

“Apa yang menjadi keistimewa­an di Kepungitan Giau ialah kawasan ini memiliki air terjun dan ‘wasai’ yang agak banyak dalam lingkungan kawasan yang sama.

“Anda boleh melihat sendiri variasi keindahan alam semula jadi di sini. Setiap lokasi menawarkan pengalaman berbeza yang cukup menarik,” kata Jikson Jalis selaku ketua ekspedisi di Kepungitan Giau.

‘Wasai’ merupakan dialek tempatan bagi kawasan jeram atau kawasan berbatu di sungai.

Eko Pelanconga­n Kepungitan Giau merupakan destinasi terbaharu bagi pelancong tempatan mahupun yang dari luar untuk mengalami sendiri keunikan flora dan fauna di tempat berkenaan.

Terletak di Kampung Sayap, Kota Belud, Eco Pelanconga­n Kepungitan Giau baharu saja dibuka kepada pengunjung terutamany­a kepada kumpulanku­mpulan yang gemar meneroka alam semulajadi atau ‘hikers’ yang mahukan pengalaman mencabar tetapi cukup berbaloi.

“Kampung Sayap sememangny­a terkenal dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti Aura Montoria, Gunung Nopungguk Lituk, Gunung Minodtuhan, Bukit Kowatuan, Bukit Kolumpisau, Bukit Pinonutung­an dan banyak lagi,” kata Jikson.

“Tetapi hari ini kami cukup bertuah kerana menjadi kumpulan pertama meneroka sekitar kawasan Kepungitan Giau,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Jikson yang juga ketua kumpulan Hill Hunter Explorer (HHE) mengepalai gabungan 24 orang ‘hiker’ dari beberapa kumpulan ‘hiking’ iaitu Estidi Cinta Bukit Hikers, Kilau Pdos Team, Sayap Hikers, dan beberapa individu penggemar aktiviti lasak termasuk seorang pelancong dari United Kingdom untuk menjelajah lokasi-lokasi menarik di Kepungitan Giau.

Menurut seorang lagi ahli HHE, Abukindija Sadok, eko pelanconga­n di Kampung Sayap memberi peluang kepada belia kampung berkenaan untuk menambah pendapatan.

“Mereka biasanya menjadi pemandu arah atau ‘guide’ kepada pengunjung eko pelanconga­n, selain mengusahak­an gerai-gerai makan di sini,” katanya yang turut bertindak sebagai ketua pemandu arah ekspedisi berkenaan.

“Kami berkhemah selama dua hari sambil menikmati suasana malam di sana. Aktiviti pada hari pertama melibatkan beberapa lokasi menarik, “katanya.

Kumpulan pendaki itu memulakan perjalan seawal 10.30 pagi Sabtu menuju ke lokasi pertama iaitu Air Terjun Tinuman sejauh 1 kilometer dari lokasi permulaan.

Seterusnya mereka ke Wasai Lolotingan, sebelum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Dantob Siba.

Abukindija berkata, jarak perjalanan dari titik mula hingga ke Dantob Siba Waterfall dan kembali semula ialah sejauh 7 km dan kumpulan itu tiba tepat jam 2.40 petang di lokasi permulaan.

“Perjalanan agak mencabar fizikal kerana muka bumi yang berbukit serta semak samun di sepanjang laluan. Kami kembali semula ke lokasi permulaan sebelum meneruskan perjalanan ke tapak perkhemaha­n.

“Kami membawa sendiri barang-barang keperluan. Selepas mengisi perut kami terus menuju ke tapak perkemahan yang jaraknya sejauh 2.5 km dan tiba sekitar jam 5 petang,” katanya.

“Kami berehat awal selepas selesai mendirikan khemah masing-masing dan hanya melakukan aktiviti santai pada waktu malam bagi persediaan ekspedisi hari kedua.

Bagi pengunjung yang tidak berhasrat untuk bermalam masih berpeluang menikmati keindahan di Kepungitan Giau melalui pakej ‘day trip’.

Hari kedua bermula dengan destinasi pertama iaitu melawat Gua Tembus.

Bagaimanap­un perjalanan hanya dimulakan selepas dua orang pengunjung ‘day trip’ tiba di tapak perkhemaha­n dan meneruskan perjalanan bersama sama ke lokasi-lokasi menarik.

Selain Gua Tembus, turut menarik perhatian ialah Gua Kopungitan yang menjadi habitat semulajadi spesies kelawar dan berpeluang menyaksika­n sendiri gelagat kelawar yang menghuni gua berkenaan.

Jikson berkata, pengunjung juga berpeluang menyaksika­n keunikan formasi batuan yang berbentuk seolah-olah seorang wanita. Batu berkenaan diberi nama ‘Mother Earth’.

Dua lokasi berikutnya ialah Air Terjun Kilabi dan Air Terjun Napanduk tidak mengecewak­an pengunjung dengan suasana indah di sekeliling air terjun berkenaan.

“Inilah keistimewa­an di sini. Wasai dan air terjun berada di mana-mana. Banyak variasi keindahan alam untuk dinikmati di Kepungitan Giau,” kata Jikson sambil menambah kumpulan itu tiba semula ke lokasi permulaan sekitar jam 5 petang sebelum pulang ke tempat asal masingmasi­ng.

“Sebagai ketua ekspedisi kali ini, saya sangat berterima kasih kepada anggota ekspedisi atas kerjasama mereka.

“Tidak lupa juga kepada pihak Eko Pelanconga­n Kampung Sayap yang memberi peluang kepada kami untuk menikmati pengalaman yang cukup indah di Kepungitan Giau ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? WASAI LOLOTINGAN
WASAI LOLOTINGAN
 ??  ?? GUA TEMBUS
GUA TEMBUS
 ??  ?? JIKSON JALIS
JIKSON JALIS
 ??  ?? ABUKINDIJA SADOK
ABUKINDIJA SADOK
 ??  ?? JOSEPH M BIANCULLI, pelancong dari United Kingdom yang turut menyertai ekspedisi berkenaan.
JOSEPH M BIANCULLI, pelancong dari United Kingdom yang turut menyertai ekspedisi berkenaan.
 ??  ?? ‘MOTHER EARTH’ yang kelihatan seperti wajah seorang wanita.
‘MOTHER EARTH’ yang kelihatan seperti wajah seorang wanita.
 ??  ?? PESERTA ekspedisi bergambar di kawasan Tinuman Waterfall.
PESERTA ekspedisi bergambar di kawasan Tinuman Waterfall.
 ??  ?? SUASANA di sekitar tapak perkhemaha­n.
SUASANA di sekitar tapak perkhemaha­n.
 ??  ?? LALUAN menuju ke lokasi perkhemaha­n.
LALUAN menuju ke lokasi perkhemaha­n.
 ??  ?? AIR terjun Wasai Napanduk.
AIR terjun Wasai Napanduk.
 ??  ?? AIR terjun Wasai Kilabi.
AIR terjun Wasai Kilabi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia