Utusan Borneo (Sabah)

`Badang’ Sabah sasar dua emas Mr Malaysia

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad `Badang’ Sabah sasar dua pingat emas pada Kejohanan Bina Badan Mr Malaysia 2018 di Melaka, 17-20 Ogos depan.

Jurulatih, Joseph Sylvester berkata, Sabah akan diwakili skuadpenuh­untukberta­nding semua 11 kategori yang dipertandi­ngkan.

“Sabah akan diwakili skuad penuh untuk bertanding semua 11 kategori yang dipertandi­ngkan dan kami sasarkan dua pingat emas di samping tiga perak dan tiga gangsa,” kata Joseph ketika dihubungi pada Jumaat.

Mengetuai senarai `badang’ Sabah itu adalah penyandang gelaran Juara Antara Juara Mr Sabah 2018, Remy Rahim Bungkal yang akan bertanding dalam kategori middleweig­ht.

Atlet lain terdiri daripada Leonardo Elnino Yam (junior welter), Jayde Emmanuel Julius (junior light), Yakob Mangkabung (masters), Henro Lee (lightweigh­t), Reano Enggah (light middleweig­ht), Kenny Leon (light flyweight), Christie Cletus (light heavy) dan Chok Lei Fong (heavyweigh­t).

Dua atlet lagi akan bertanding dalam acara Fizikal iaitu Terrence Watis (kategori 170cm ke bawah) dan Dean Julian (170cm ke atas).

Selain Joseph, turut akan bersama pasukan adalah PresidenPe­rsatuanBin­aBadan Sabah Joannes Staneslous selaku pengurus pasukan, Alik Makim (pengadil), Jeffery Thadeus (penolong jurulatih), Meilaura Dora Jimmy (pegawai teknikal) dan Deborah Lynn Onul (pegawai pengiring).

Sambil itu, Joannes mengingatk­an semua atlet membuat persiapan terbaik bagi memastikan mereka berada di tahap terbaik menjelang kejohanan.

“Masih ada sedikit masa.. manfaatkan­lah masa ini untuk buat persiapan terakhir bagi memastikan anda bersedia sepenuhnya pada kejohanan nanti.

“Kamu akan bersaing dengan jaguh-jaguh dari seluruh negara, oleh itu saya harap kamu berada di tahap terbaik untuk memberi saingan sengit,” katanya.

Sementara itu, skuad `badang’ Sabah itu mendapat suntikan moral apabila menerima tajaan pakaian dan pewarna badan daripada syarikat Mizume Tours & Travel bernilai RM6,500.

Tajaan itu disampaika­n pengarah Mizume Tours & Travel, Shenny Ting di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini baru-baru ini.

 ??  ?? JOANNES (empat dari kiri) menerima tajaan daripada Shenny (empat dari kanan). Turut bersama adalah pegawai -pegawai dari Mizume Tours & Travel serta anggota skuad `badang’ Sabah.
JOANNES (empat dari kiri) menerima tajaan daripada Shenny (empat dari kanan). Turut bersama adalah pegawai -pegawai dari Mizume Tours & Travel serta anggota skuad `badang’ Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia