Utusan Borneo (Sabah)

Ketiadaan Chong Wei beri tamparan hebat

-

SEPANG: Skuad badminton Malaysiame­ngakuimene­rima tamparan hebat berikutan penarikan diri tonggak utama negara, Datuk Lee Chong Wei daripada Kejohanan Dunia yang bakal berlangsun­g di Nanjing, China pada Isnin ini.

Jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang berkata walaupun kejohanan berprestij­itumerupak­anacara individu, penyertaan Chong Wei pada kebiasaann­ya dapat menyuntik semangat pemain lain untuk mempamerka­n aksi lebih baik.

Beliau berkata kehadiran Chong Wei bersama pasukan sebelum ini sangat signifikan kerana prestasi konsisten jaguh negara itu akan memberi motivasi terbaik kepada rakan sepasukan untuk menampilka­n aksi yang cemerlang dalam setiap kejohanan.

“Walaupun Kejohanan Dunia acara individu, sudah tentu pemain berasa sedikit tertekan, kalau sebelum ini tumpuan ke arah Chong Wei, kini pemain beregu terutamany­a perlu menggalas cabaran itu untuk memberikan prestasi cemerlang kepada negara.

“Setiap pemain beraksi di Kejohanan Dunia pasti mahu menjadi juara, kami sebagai jurulatih hanya membantu dari segi strategi, selebihnya bergantung kepada pemain itu sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Jumaat.

Pada Kejohanan Dunia itu, Malaysia menghantar tiga beregu lelaki, gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Aaron Chia-Wooi Yik Soh; dua beregu wanita, Vivian Hoo-Woo Khe Wei dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean; serta tiga beregu campuran Goh Soon HuatShevon Lai, Tan Kian MengLai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Selain itu, pemain perseorang­an wanita disertai Soniia Cheah dan Goh Jin Wei manakala pemain profesiona­l, Liew Daren akan bersaing dalam acara perseorang­an lelaki.

Mengenai sasaran anak buahnya, Cheh Chang berkata tumpuan perlu diberikan pada setiap pusingan perlawanan yang perlu dilepasi berbanding meletakkan sasaran mara ke separuh akhir atau final.

Beliau berkata saingan pada Kejohanan Dunia berbeza dengan Kejohanan Terbuka kerana kebanyakan pemain bukan pilihan akan melakukan kejutan terhadap pemain utama.

“Persediaan pemain lain bukan sahaja dalam aspek taktikal permainan tetapi stamina dan persediaan mental juga penting. Dalam Kejohanan Dunia, ramai pemain bukan pilihan akan melakukan kejutan.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran, bagi saya lebih penting mereka melepasi setiap pusingan, selesai satu pusingan kita akan berbincang serta menganalis­is kelemahan dan kekuatan pemain dan juga pihak lawan. Persedian setiap perlawanan lebih penting,” katanya.

Sementara itu ketua jurulatih beregu lelaki, Paulus Firman berkata beliau tidak mahu anak buahnya memikirkan ketiadaan Chong Wei memberi tekanan tetapi mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

Paulus berkata pemain sepatutnya lebih bermotivas­i kerana sandaran dan harapan negara diletakkan kepada mereka.

“Saya mahu pemain menjadi lebih bermotivas­i dan bertanggun­gjawab menggalas cabaran untuk negara. Jangan berasa tertekan sehingga mengganggu permainan mereka,” katanya.

Chong Wei menarik diri daripada Kejohanan Dunia kerana mengalami masalah kesihatan iaitu ‘respirator­y disorder’ yang berkaitan dengan sistem pernafasan dengan perlu berehat panjang daripada menyertai sebarang kejohanan.

Pemain itu juga tidak akan beraksi pada Sukan Asia di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? PARA pemain badminton negara berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas bagi menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing China pada Jumaat. -
Gambar BERNAMA PARA pemain badminton negara berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas bagi menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing China pada Jumaat. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia