Utusan Borneo (Sabah)

Maguire ‘dalam perjalanan’ ke Old Trafford

-

LONDON, England: Harry Maguire berasa yakin beliau akan ke Manchester United dalam tempoh dua minggu akan datang tetapi pemain pertahanan semasa United kelihatan enggan memberikan ruang.

Maguire adalah salah seorang pemain pertahanan yang menjadi buruan pengurus United, Jose Mourinho pada musim panas ini, dengan United bersedia membayar yuran perpindaha­n sehingga 65 juta pound.

Namun kelab Maguire, Leicester City, mungkin menuntut lebih banyak dari pemain yang hanya dibeli dengan nilai 17 juta dari Hull City setahun yang lalu.

Dan Mourinho telah diberitahu oleh pengurusan kelab di mana beliau harus menjual salah seorang dari lima pemain pertahanan tengah untuk membawa Maguire ke Old Trafford.

Ketika Mourinho tidak mahu melepaskan Eric Bailly, empat pemain lain – Chris Smalling, Phil Jones, Marcos Rojo dan Victor Lindelof – tidak terjamin kedudukan.

Rojo, yang baharu kembali ke kelab dari cuti tambahan selepas penglibata­n bersama Argentina di Piala Dunia 2018, menarik banyak perhatian dari beberapa kelab lain dalam Liga Perdana tetapi keberatan untuk meninggalk­an kelab selepas menandatan­gani kontrak baharu pada bulan Mac.

Jones dan Lindelof masih bercuti selepas Piala Dunia sementara Smalling menegaskan beliau juga tidak mahu meninggalk­an kelab.

“Sekarang, tempat itu milik saya dan saya mahu mengekalka­nnya,” kata Smalling. “Kelab ini sentiasa dikaitkan dengan pemain pertahanan tengah, sama ada ia dari pihak kelab atau ejen pemain kerana pemain terbaik sentiasa mahu datang. Tetapi saya gembira dan apabila saya cergas, saya bermain, jadi saya mahu terus bermain seperti dari musim lepas.” - Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? MAGUIRE (kanan) bertindak menarik penyerang Belgium, Romelu Lukaku ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi playoff tempat ketiga Piala Dunia 2018 di Stadium Saint Petersburg, Rusia pada 14 Julai lepas.
— Gambar Reuters MAGUIRE (kanan) bertindak menarik penyerang Belgium, Romelu Lukaku ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada aksi playoff tempat ketiga Piala Dunia 2018 di Stadium Saint Petersburg, Rusia pada 14 Julai lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia