Utusan Borneo (Sabah)

Jenson, Jessica juara kategori terbuka

Kategori lelaki dan wanita terbuka Larian KGNNR

-

KOTA BELUD: Pelari tempatan Jenson Daikin dan Jessica Lintanga masing-masing dinobatkan juara kategori lelaki dan wanita terbuka Larian Kiau Guas Nabalu Nature Run (KGNNR) bermula dan berakhir di padang Kampung Kiau Nulu, di sini.

Tempat kedua dimenangi oleh Roger Hermon dan Mailin Solungin, ketiga Safrey Sumping dan Delila Sindeh, manakala tempat keempat pula dimenangi oleh Welter Herman dan Rose Gimbalo.

Kesemua hadiah disampaika­n oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Ewon Benedick, pada majlis penyampaia­n hadiah di Dewan Serbaguna Kg.Kiau Nulu, baru-baru ini.

Ewon berkata, acara seumpama itu bukan sahaja dapat meningkatk­an semangat kesukanan dan menerapkan amalan gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan masyarakat tetapi juga mempromosi tempat-tempat menarik di Kg Kiau.

“Saya berharap pihak penganjur akan meneruskan acara ini pada tahun hadapan. Tahniah kepada Tim Kuda dan Eko Pelanconga­n Kiau atas kejayaan menganjurk­an program ini,” katanya.

Larian sejauh 15 kilometer yang julung kalinya dianjurkan itu mendapat sambutan amat menggalakk­an bukan sahaja dari peserta tempatan tetapi peserta luar negara.

Sementara itu Pengerusi Bahagian Promosi Munikah Ginsos berkata, program itu diadakan untuk memperkena­lkan Kg. Kiau sebagai salah satu destinasi pelanconga­n melalui aktiviti sukan dan rekreasi serta destinasi larian berkonsepk­an alam semulajadi.

Selain itu katanya, ia juga bertujuan untuk memupuk perpaduan melalui semangat kesukanan di kalangan masyarakat setempat dan peserta luar.

“Kebanyakan peserta yang menyertai larian ini amat kagum dengan pemandanga­n dan keindahan alam semulajadi yang berlatar belakangka­n Gunung Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata, KGNNR akan diteruskan pada tahun depan dengan jarak yang sama tetapi laluan berbeza daripada tahun ini.

“Sekiranya ada penaja, kami bercadang untuk menambah dua kategori iaitu kategori terbuka dan kategori veteran pada tahun hadapan,” katanya.

Hampir 200 peserta termasuk ‘virtual run’ menjayakan larian itu.

 ??  ?? EWON (duduk lima dari kanan) dan Munika (duduk lima dari kiri) bergambar bersama ahli jawatankua­sa penganjur larian itu.
EWON (duduk lima dari kanan) dan Munika (duduk lima dari kiri) bergambar bersama ahli jawatankua­sa penganjur larian itu.
 ??  ?? EWON (lima dari kanan) bergambar bersama sebahagian daripada peserta larian.
EWON (lima dari kanan) bergambar bersama sebahagian daripada peserta larian.
 ??  ?? EWON menyampaik­an hadiah kepada Jenson, juara kategori lelaki.
EWON menyampaik­an hadiah kepada Jenson, juara kategori lelaki.
 ??  ?? EWON menyampaik­an hadiah kepada Jessica, juara kategori wanita.
EWON menyampaik­an hadiah kepada Jessica, juara kategori wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia